Salam ..kali ini saya ingin memberikan sedikit isi2 penting yang telah saya dapat ketika menghadiri majlis haul imam al hadad di Masjid Al-Bukhary dan Masjid Sultan Azlan Shah di Shah Alam baru-baru ini...
Semoga apa yang saya sampaikan ini akan memberi kita sedikit pengisian.
Imam Abdullah Bin Alawi Al Hadad merupakan seorang ulama' yang mempunyai salasilah keturunan Nabi Muhammad S.A.W..
Beliau terkenal sebagai seorang yang mengandungi ilmu yang luas lagi bermanfaat; bukan untuk insan yang hidup pada zaman beliau,bahkan kepada sesiapa sahaja tanpa batasan zaman dan umur.Beliau wafat pada 7 Dhulqaedah 1132 Hijri.Beliau seorang yang buta sejak umurnya 4 tahun lagi tetapi digantikan oleh Allah dengan kebolehan yang luar biasa menyerap ilmu dan menyerbar luaskannya
Haul ini diadakan bagi mengingati pemergian imam abdullah al hadad..
Para sahabat sekalian,.berikut ialah isi2 yang telah saya perolehi drpd tauseh yang diberikan oleh Ulama' drpd Indonesia yang namanya Syeikh Suffyan yang bertajuk YAKIN..
- Hadis riwayat Muslim ada menyatakan bahawa baginda rasulullah bersabda "Yakin Kpd Allah,itu merpukan iman seluruhnya"..berikut ialah hadis pembukaan yang diutarakan oleh Syeikh Suffyan pada awal tausehnya.
- Yakin merupakan satu perkara yang merupakan krisis umat Islam pada zaman kini...Umat Islam zaman kini tidak yakin kpd Allah dan kpd apa2 yang datang dari Allah dan rasul..Keyakinan ini kurang di dalam hati umat islam pada hari ini.
- Jika umat Islam yakin kpd Allah...sudah tentu mereka tidak berani utk buat maksiat kerana dia merasakan dirinya sedang diperhatikan oleh Allah dan merasakan Allah sentiasa melihatnya.
- Orang yang yakin ,dia berasa dirinya kuat kerana Allah sentiasa bersamanya..seperti kisah Nabi Musa..ketika dia dikejar oleh tentera2 Firaun sehingga tiba di sebuah laut,.dia mendapati di depannya ada laut,dan dibelakangnya ada musuh,..namun atas keyakinannya kepada ALLAH AZA WAJALLA ,akhirnya dengan mukjizat yang diberikan oleh Allah,..akhirnya laut terbelah dua..allahuakbar,!
- Sama juga konsep yakin pada manusia,,Firaun yakin kpd dukun2 yang ada di zamannya,..dengan keyakinan itu dia membunuh ribuan anak2 lelaki yang dilahirkan keran Firaun mendapat mimpi bahawa akan ada di antara bayi2 yang lahir itu akan mengambil alih takhta nya..
- Namun dengan kekuasaan Allah,..akhirnya nabi Musa akhirnya terselamat..Selamatnya nabi Musa daripada dibunuh oleh lidah seorang wanita iaitu isteri Firaun,.
- Syeikh Suffyan juga menyuruh kita utk hussunuzzan billahita'ala...
- Dan kata beliau,'AL-YAKIN AL-IMAN KULLU'..yakin ialah iman seluruhnya/setiapnya..beliau memberi contoh,,kita yakin atau tidak dengan wujudnya kota NEW YORK ???kenapa kita yakin sedangkan kita tidak pernah pergi ke sana???yakinnya kita kerana terdapat 4 elemen,,,
1. Baca..Kita selalu baca tentang bandar-bandar NY.
2.Fikir..kita selalu memikirkan bagaimana situasi NY,,di manakah ia??cantikkah ia??majukah ia??
3.Dengar lagi,.apabila orang bercerita tentang NY,kita dengar dan dengar lagi tentangnya.
4.Bicarakan kepada orang lain tentangnya..Setelah kita,mengetahui 3 elemen di atas,,kita akan bicarakan tentang wujudnya NY kepada orang lain dgn cerita2 yg kita ketahui..
SAMALAH SEPERTI...
-BACA,..lidah kita sentiasa membaca ayat-ayat suci al-quran,,ilmu2 tentang Allah,,zikirullah dan lain2,.
-FIKIR..cuba kita lihat alam allah yang sgt luas ini,,bila berlalunya bulan maka muncullah matahari,,bila berlalunya matahari muncullah bulan,,kuasa siapakah semua itu??kuasa berhala ke tuan2???inilah yang perlu kita fikir tentang kebesaran2 ALLAHUAKBAR dalam mencipta alam semesta ini..
-DENGAR..cuba kita ke kelas2 agama,kuliah2 di masjid dan paling tidakpun semasa belajar Pen Islam di sekolah..kita akan mendengar guru2 dan para masyaikh kita bercerita tentang kebesaran Allah,,tauhid Allah,sifat2 Allah dan byk lagi..dengar elemen mendengar,,keyakinan kita akan bertambah,!!
-BICARAKAN KEPADA ORANG LAIN..apabila setelah kita telah memahami perkara2 ini,,kita bicarakan kepada sahabat2 handai kita tentangnya,,,ini tidak,,generasi sekarang lebih cenderung berbicara tentang awek,artis,lagu,konsert yang tidak membawa apa2 faedah,..dengan membicarakannya kepada orang lain ,,Insya-Allah keyakinan kita kepada ALLAHI AZZA WA JALLA bertambah yakin..dan dapat beriman kepadanya dan yakin kepada Allah seluruhnya,,
Insya-allah dengan elemen2 ini,,kita akan lebih Yakin kepada Allah..