BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, August 27, 2010

Cerita Benar Di Dorm


Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Bon! Bon! .
Bon.!". Bon tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Bon sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu."  Bon memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni."bon tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan bon sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci.  Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun izzat oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni! sebenarnya aku hanya bermimpi.. 

Misteri Penjara Pudu

JADIKAN LAH RENUNGAN BERSAMA......NGERI.............................

Mengapa penjara Pudu ditutup???




LUANGKAN LAH MASA ANDA UNTUK MENGHAYATI KISAH MISTERI DI SEBALIK IBUKOTA KUALA LUMPUR.....
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya

boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat

satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya

berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK

TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir

bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai

mati pada keesokan harinya dibilik gantung.



Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,

menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana

menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana

dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang

telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di

Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,

mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang

menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak

kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam

sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak

pula kelihatan kambing keluar semula.



Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut

mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam

dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali

gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.



Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan

renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang

berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal

kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak

kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.



Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang

ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing

hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik

Terakhir itu.



Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar

menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang

samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan

kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah

terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba

mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu

menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,



"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan

kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha

Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "




Tahniah kerana minat membaca.



p/s:-mahap yer...lawak bulan ramadhan nie...heheheheheh.