BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, March 15, 2011

Hizib Bahar...amalan dari rasulullah..

 Alhamdulillah,,setelah sekian lama saya tidak mengupdate blog ini..dengan masa lapang yg diizinkan allah ini saya mengambil kesempatan untuk menceritakan serba sedikit tentang Amalan Hizib Bahr...



Kitab 'Bekal Akhirat' ini karangan Syeikh Fahmi Zamzam yang mengandungi hizib,zikir,selawat,qasidah dan lain-lain sebagai amalan kita sebagai hamba allah yang hina...Harga rm4 dan rm6 boleh didapati di pasaran..Khazanah Al Banjariah

*Hizib Bahr juga terdapat dalam Bekal Akhirat ini..















Hizib Al Bahr

Berkata Sayyid Abu al Hasan al Syazuli :
               Aku telah bertemu Rasulullah sebanyak dua kali dan baginda mengajarku Hizib ini.

Sejarah Hizib

Ketika Syeikh Abu al Hasan al Syazuli bermusafir untuk menunaikan haji,beliau melalui laut al Qalzam bersama seorang lelaki nasrani..Ketika sedang belayar ,angin tidak bertiup selama beberapa hari menyebabkan pelayaran mereka tidak berjalan lancar. Ketika itu, beliau bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW. ..

Baginda SAW membawa berita gembira kepadanya dan mentalqinkan Hizib Al Bahr kepadanya,,Maka selepas itu beliau menyuruh Nasrani tersebut bersedia meneruskan perjalanan. Nasrani itu bertanya, 'Mana anginnya??" Lalu beliau menjawab, "Lakukanlah (Hizib Al Bahr) apa yang aku suruh kerana sekarang ia akan datang kepadamu."


Sebagaimana yang dikatakannya,tidak lama selepas itu angin pun datang.Lalu orang Nasrani itu memeluk agama Islam.

-Syeikh Fuad Kamaluddin Al Maliki karangan dalam kitab Hizib Al Bahr keluaran SOFA PRODUCTION



Melalui kisah yang kita baca di atas,jelaslah bacaan hizib al bahr amat tinggi darjatnya kerana zikir ini ditalqinkan sendiri oleh nabi kepada imam Al Syazuli dalam mimpi beliau...Saya bercita-cita pada satu hari nanti ,semua pelajar SMK Agama KL dapat bersama-sama membaca Hizib al Bahr pada setiap petang bagi menggantikan AL Mathurat...

Bukan saya berniat untuk meminngirkan Al Mathurat,,cumanya Hizib al Bahr merupakan amalan-amalan para ulama pada setiap hari dan hizib ini amat tersebar luas hingga ke pelusuk dunia dan ia menjadi amalan para-para ulama serata dunia..

Sesungguhnya telah diilhamkan hizib yang agung ini kepada Imam Al Syazuli oleh Allah melalui nabinya dengan jalan limpahan kerohanian dan kelembutan ketuhanan. Ia merupakan Hizib yang besar kedudukannya.Semoga dengan amalan kita melalui hizib ini akan diredhai oleh Rasulullah SAW dan menarik kita semua utk ke syurga hasil beramal dengan apa yang diajarkan daripada Nabi Muhammad SAW..


Banyak kelebihan dan kaifiat-kaifiat hizib ini antaranya seperti yang dinyatakan oleh Syeikh Zarruq dan ulama-ulama lain bahawa 'Jika hizib ini ditulis dan dibawa bersamanya,maka orang tersebut akan dijauhkan daripada segala malapetaka dan kebinasaan pada setiap gerak-geri dan diamnya...

Jadi besar harapan saya agar ikhwan-ikhwan di luar sana dapat mengamalkan hizib ini pada setiap hari..Masa bacaan hizb ini kata ulama bagi mengamalkan hizib ini sebagai zikir harian bacalah akan ia hizib ini pada setiap petang selepas asar..dan bagi yang tidak berkesempatan mengamalkan hizib ini pada selepasa asar bacalah pada bila-bila masa...

Jadi saya berharap Allah memberikan petunjuk dan keizinan kepada pemimpin-pemimpin SMKAKL khususnya bagi meluluskan bacaan hizib ini pada setiap petang..Besar cita-cita saya bagi melihat hizib ini terus menerus diamalkan di SMKAKL khususnya bagi mendapat tabarruk akan hizib ini...dan insya-allah amalan ini terus diamalkan oleh generasi-generasi akan datang dan Insya-allah kaifiat-kaifiat hizib ini akan diterangkan secara meluas jika amalan hizib ini telah diluluskan....

Pada hizib ini terdapat empat tempat untuk diniatkan hajat oleh pembaca...para pelajar amat sesuai bagi memohon hajat khususnya untuk berjaya dalam akademik dan sebagainya,,inilah kelebihan Hizib Al Bahr..
Jadi Insya-allah kepada pelajar-pelajar SMkAkl yang sudah diijazahkan amalan ini daripada syeikh-syeikh harap dapat terus mengamalkan hizib ini serta disebarkan kepada ikhwan-ikhwan yang lain...

Semoga diri hamba yang hina ini sedikit sebanyak ingin memberi sumbangan kepada sekolah agar mengamalkan hizib ini dan diwarisi oleh generasi akan datang..sesungguhnya saya pemimpin yang hina yang terlalu sedikit sumbangan untuk sekolah berbanding tanggungjawab yang diamanahkan..semoga Allah dan Rasulullah SAW memberkati usaha saya dan rakan-rakan...

bagi yang ingin mendapati hizib ini secara on9 :  http://forumm.wgaul.com/blog.php?b=461


Dan kepada pelajar SMKAKL yang ingin beramal dengan hizib ini bolehlah berhubung dengan ana dan rakan-rakan...