BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, May 31, 2011

SELAWAT AL FATIH

Insya allah hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua tntg selawat al fatih..ssghnya ada hadith yg menyatakan bahawa "manusia yg paling rapat dgnku pada hari kiamat adalah orang yg banyak selawatnya ke atasku"..semoga allah menjadikan lidah-lidah kita ringan untuk berselawat kepadanya,,INSYA-ALLAH...







اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيَّدِناَ مُحَمَّدِنِ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ

وَالنَّاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ الْهَادِىْ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ حَقَّ

قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيْمِ


“Ya Allah, Rahmatilah & berilah kesejahteraan serta berkatilah penghulu kami Muhammad, pembuka bagi barang apa yang ditutup dan penamat bagi apa yang telah sudah, penolong bagi yang hak, penunjuk ke arah jalan yang lurus. Allah berselawat ke atasnya, ahli keluarga & sahabat-sahabatnya sebagaimana selayak untuknya sesuai dengan darjat dan kedudukannya yang tinggi dan besar

Fadilatnya:
  • Barangsiapa membaca selawat ini 11 kali setiap kali selepas sembahyang, segala dosa-dosa kecilnya diampuni Allah dan hatinya menjadi tenteram.
  • Barangsiapa membacanya 21 kali setiap hari, Allah akan melapangkan rezeki dan selamat keluarganya dari kesusahan serta dijauhkan dari azab neraka.
  • Jika dibaca 100 kali setiap hari, seseorang akan dimudahkan Allah untuk mendapat jodoh bagi lelaki atau wanita.
  • Jika dibaca 1000 kali pada malam Isnin, Khamis atau Jumaat membolehkan bermimpi bertemu dengan Rasulullah s.a.w dengan izin Allah..iaitu dibaca selepas sembahyang hajat.