Insya Allah hari ini sy akan berkongsi serba sedikit tentang tausiyyah yang telah disampaikan oleh guru kami, Ustaz Adzhar Hasyim Al-Hadrami di sekolah kami SMK AGAMA KL sempena Program SMKAKL BERSELAWAT 2011..KEPENTINGAN AMALAN-AMALAN SUNNAH RASULLULLAH SAW DALAM KEHIDUPAN KITA.
Surah An-Nisaa' | Ayat 69
Maksud firman Allah: "Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan Rasul(Nya), mereka itu akan besama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu: nabi-nabi, para siddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang yang soleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya."
Asbabun Nuzul ayat di atas adalah kisah seorang sahabat Nabi SAW iaitu Sauban Bin Iyas datang bertemu Nabi SAW dalam keadaan yang penuh pucat,lesu dan kelemahan..Kemudian Nabi bertanya kepada Sauban 'Adakah kamu sakit ?? '..
lalu Sauban berkata " Ya Rasulullah,sesungguhnya tiadalah dalam diriku ini sakit.Tetapi wahai Nabi,sesungguhnya apabila aku tidak melihat wajahmu aku akan sakit,Maka aku teringat akan hari akhirat,aku takut aku tidak akan melihat wajahmu lagi ya rasulullah.Kerana aku tahu engkau di hari akhirat kelak akan diangkat tinggi darjatnya di syurgamu ya rasulullah.Jikalau aku masuk syurga,aku mungkin tidak lagi berjumpa denganmu kerana darjat kamu di syurga amatlah tinggi.Aku rela jika aku walaupun tidak masuk ke sana tetapi aku dapat melihat wajahmu wahai Nabi Allah..
Jadi ayat ini menunjukkan bahawa Saidina Sauban akan berasa sakit jika beliau tidak dapat bertemu dengan rasulullah saw..Sauban merupakan sahabat nabi dan meriwayatkan beberapa jumlah hadis daripada nabi SAW..Sauban ialah sahabat yang alim dan dia akan sakit,lesu dan lemah jika tidak dapat bertemu dng Nabi SAW..Cuba kita nilai diri kita yang kerdil ini,sudahlah tidak dapat bertemu dgn rasulullah dan amal ibadah kpdNYA amat kecil sekali,banyak melakukan maksiat kpd allah,,bagaimana kita mahu berjumpa dgn nabi di akhirat kelak jika kita tidak melaksanakan amalan2 sunahnya ???
Ustaz Adzhar menyatakan dalam Maulid Dhiya Al Ulami' , Habib Umar Al Hafidz telah bertulis didalamnya iaitu dengan satu sumpahan : 'Demi Allah , berulang-ulang kali menyebut sifat Rasulullah SAW akan menjadi penawar bagi hati kita "
Sunnah ialah apa yang dilakukan oleh Nabi SAW ,sebutannya dan perlakuan Nabi SAW..
Sunnah merupakan Syariah Allah kepada manusia.
Perkara sunnah terbahagi kepada dua iaitu:
Wajib dan Sunnah
Cth Sunnah yang wajib ialah Puasa ramadhan dan solat 5 waktu
Cth Sunnah yang sunat ialah Solat sunat dan sbgainya
Ustaz Adzhar berpesan apabila kita melakukan sesuatu sunnah hendaklah kita niat i'tibak kepada Nabi SAW yakni niat untuk mengikut perbuatan Nabi SAW..ini akan menyebabkan ganjaran melakukan amalan sunnah akan ditambah dua kali ganda iaitu yang pertama ialah amalan sunnah dan yang kedua ialah niat untuk mengikut kepada perbuatan Nabi SAW..
Sabda Nabi SAW : " Katakan jika kamu mencintai Allah,maka hendaklah aku mengikutiku "
ayat ini jelas menunjukkan kepentingan sunnah2 nabi SAW dalam kehidupan seharian kita..
Dalam kitab krgn Al Imam Al Ghazali , Bidayatul Hidayat ada menyebutkan anatara kelebihan-kelebihan amalan sunnah ialah dapat menggandakan pahal-pahala kita..
Ustaz Adzhar menasihatkan para pelajar agar melazimkan diri dengan amalan siwa'(bersugi)
Dalam sabda Nabi SAW : " Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Nabi s.a.w telah bersabda: Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang.
Nabi menggalakkan umatnya agar bersugi setiap kali sebelum mendirikan solat..
Antara kelebihan-kelebihan melakukan amalan bersugi ini ialah :
-dapat mencerdikkan akal
-melambatkan pertumbuhan uban
-memudahkan kita mengucapkan " لا إله إلا الله " ketika meninggal dunia
-apabila kita solat dengan keadaan bersugi akan digandakan pahala solat kita sebanyak 70 kali ganda
Ustadz Azhar menceritakan sebuah kisah benar yang berlaku berkaitan dengan kelebihan bersugi..
Kisah ini berlaku ketika ada seorang manusia telah dirasuk jin-jin dan syaitan..maka keluarga wanit itu memanggil sekumpulan jemaah tabligh untuk mengubatinya..
Maka jemaah itu pun sampai ke rumah itu dan membacakan ayat-ayat suci Allah untuk mengeluarkan segala syaitan dan makhluk2 halus drpd badan manusia itu,,namun semuanya tidak berhasil..pelbagai ayat-ayat yang ma'thur telah dibacakan oleh jemaah2 itu selama beberapa jam namun masih lagi mencapai kebuntuan untuk menyembuhkan manusia itu..
Lalu ada seorang dikalangan mereka berasa amat penah dan letih setelah beberapa jam membaca ayat2 suci allah dan gusinya kering..lalu dia mencapai sugi ataupun siwak didalam koceknya untuk bersugi kerana mulutnya terlalu kering..
Tiba-tiba manusia yang dirasuk syaitan dan makhluk2 halus itu tiba2 menjerit kesakitan dan menghalau orang yang bersugi itu dan menunjukkan telunjuknya ke arah sugi itu sambil meraung kesakitan,,lama kelamaan manusia itu sembuh sepenuhnya dan syaitan2 di dalam badannya telah keluar..
Orang ramai kebingugan,,meraka pelik hanya dengan sugi syaitan2 telah takut dan sekaligus keluar drpd badan manusia itu..inilah keagungan ALLAH SWT,,dgn hanya amalan sunnah kekasihnya Nabi SAW ia dapat meghindarkan drpd segala ancaman makhluk2 halus..ini jelas menunjukkan kesucian yang agung yang terdapat dalam amalan bersugi..
Ustaz Adzhar berpesa kpd pelajar2 SMKAKL agar melazimi amalan bersugi,,walaupun nampak lekeh tetapi ia amat disukai oleh Rasulullah SAW dan baik untuk kecerdasan minda..
Dan Ustaz Adzhar megakhiri tausiyyah dengan mengatakan ,
Nabi SAW bersabda : "Satu amalan sunnah yang diamalkan ketika kerosakan umatku ( akhir zaman) , maka 1000 pahala mati syahid ke atasnya"
Beliau menasihati para pelajar agar istiqamah melakukan amalan2 sunnah..jika tidak mampu melakukan yang besar,,lakukan amalan sunnah yang kecil seperti bersuig dan siwa'..
Nampak sahaja kecil sunnahnya namun ganjaran dan kelebihannya adalah tidak terkira dan begitu besar ganjarannya..
P/S: Marilah sama-sama kita berdoa kpd Allah agar memberikan kesihatan kepada guru kita, Ustaz Adzhar Hasyim dan memanjangkan umurnya utnuk mencurahkan ilmu-ilmu yang diwariskan oleh para nabi kepada kita..