BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 4, 2011

ULASAN BUKU ANAKKU BRAINTUMOR



Insya Allah,,kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang sebuah buku yang menceritakan saat-saat getir yang ditempuhi oleh Ustazah Isyah Radhiah dan Che Amran ( raihan ) dalam menghadapi ujian drpd Allah kepada mereka,..Anak mereka yg bernama Ahmad Mahir Baihaqi telah menghidapi sejenenis penyakit Braintumor yakni ketumbuhan dalam otak...

Ustazah Isyah Radhiah merupakan guru pendidikan Islam saya ketika berada di Tingkatan 3..namun dia telah berpindah pada akhir tahun 2009 untuk meneruskan pembelajarannya di peringkat PhD...

Pada awalnya ,,saya terkejut apabila dimaklumkan bahawa ustzah Isyah telah mengarang sebuah buku dan bukunya laris dijual di Pesta Buku,PWTC..aku amat kagum dengannya..dan lebih mengejutkan lagi,,buku itu mengisahkan tntg anaknya yg menghidapi penyakit yang kronik,,selalu la jugak kelihatan anaknya di SMKAKL,,tetapi sedar tak sedar rupa2nya anaknya menghidap penyakit Braintumour..

Setelah habis membaca buku ini,,
Aku amat kagum dengan pengorbanan Ustazah Isyah dlm menempuhi dugaan yang diterima...ketika Che Am di Australia kerana tugasan,,Ustazah dikejutkan dengan penyakit Aqi (Ahmad Mahir) yang kronik,,buku ini menceritakan bagaimana kasih sayang seorang ibu yg sggup berkorban tidak kira penat dan jemu dlm menjaga 8 org anak secara bersendirian dan Aqi pula terlantar sakit di hospital...Itulah pengorbanan ibu..

Sesekali terlintas di fikiran,,Besar sungguh pengorbanan seorang Ibu..
Dan konflik cerita ini adalah ketika UStazah Isyah dan Che Amran membuat keputusan untuk memilih rawatan alternatif berbanding dengan pembedahan kali kedua...kedua-duanya amat berisiko,,dan kata doktor mungkin aqi tidak dapat hidup lama di dunia ini,,ketika itu,,luluh hati mereka kerana dikhabarkan tntg betapa kroniknya penyakit anak mereka...

Namun atas usaha demi usaha yang dilakukan oleh mereka berdua...beserta dengan pengharapan kpd Allah..akhirnya,,perubatan alternatif telah membuahkan hasil kepada mereka...

Inilah serba sedikit yang dapat sy nukilkan,,buku ini sebenarnya byk mengajar sy tntg erti kesabaran dan pengorbanan dlm kehidupan...Apa yg saya dpt sy simpulkan dlm buku ini bahawa kita haruslah sentiasa bergantung atau bertawakkal kpd allah setelah berusaha dengan sebaik-baiknya dlm mgadapi sesuatu ujian ataupun musibah..

Semoga Allah merahmati keluarga Ustazah Isyah Radhiah dan Che Amran,,semoga kurniaan anak yg ramai kepada mereka dpt menambahkan lagi bilangan pejuang2 agama Islam dlm membantu agama Allah,,.

5 stars 4 this book...
I l0ve u Teacher,,...