BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, January 31, 2012

Adab Pergi Ke Masjid - Kitab Bidayatul Hidayah (Majlis Ta'alim Darul Murtadza)

Baru-baru ini saya sempat ke majlis pengajian mingguan di Masjid Muaz Bin Jabal ,Setiawangsa dibawah kelolaan Majlis Ta'alim Darul Murtadza yang dibimbing oleh Al Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

Kali ini saya ingin berkongsi sedikit berkaitan dgn adab-adab pergi ke masjid yang disyarahkan oleh Habib Ali Zainal Abidin daripada kitab Bidayatul Hidayah



Habib Ali berkata sebaik-baiknya solat fardu kita ditunaikan di masjid secara berjemaah..Selain mendapat pahala berlipat2 kali ganda kite juga dapat menghapuskan dosa kita dengan setiap langkah kita ke masjid..

Antara adab-adab ke masjid ialah berwudhu' dahulu di rumah ..

Sabda Nabi Muhammad SAW : ' Barangsiapa yang dia bersuci , lalu dia ke masjid , setiap tapak dan langkahnya ke masjid akan diangkat darjatnya oleh Allah '

Jadi dengan ini kita dianjurkan untutk berwudhu' dahulu di rumah sebelum ke masjid agar setiap langkah2 kita ke masjid akan diangkat darjat oleh Allah SWT..

Rasulullah menjadikan rutin melakukan solat-solat sunnah dirumahnya..
Jadi Habib Ali berpesan kepada kita agar kita juga perlu banyak melakukan solat2 sunat di rumah sebagai mengikut kpd sunnah Nabi Muhammad SAW dan beliau berpesan agar jangan menjadikan rumah kita sebagai kubur kerana tidak mencahayakan lagi rumah kita dengan amalan2 solat sunnah..

Antara solat sunat yang paling afdhal ialah solat sunnah 2 rakkat sebelum subuh seperti sabda Baginda SAW :
" Assolah rakatain khair mina addunya wama fiha "
yang bermaksud solat sunat 2 rakkat sebelum subuh lebih baik daripada dunia dan seluruh isinya..

Nabi SAW bersabda : " Barangsiapa yang keluar diwaktu gelap ke masjid , akan digantikan dengan cahaya pada hari kiamat "

dan sabdanya lagi : " Mereka yang berjalan ke masjid pada waktu pagi dan petang , akan disediakan pada mereka makanan (jamuan) disyurga kelak dengan sebanyak mana perjalanannya ke masjid "

Syarah Habib Ali , beliau mengatakan sesungguhnya Allah itu Maha Penghitung .. jadi setiap amalan2 baik kita termasuklah setiap tapak kaki kita ke masjid akan dihitung oleh Allah tanpa kurang sedikit pun daripada apa yang kita lakukan dan dia akan membalas setiap amalan2 kita sebagaimana dalam hadis nabi di atas kita akann mendapat makanan di syurga InsyaAllah berasarkan sebanyak mana tapak kita utk ke masjid..Subhanallah..


Habib Ali menceritakan sebuah kisah seorang pemuda yang tidak mahu membeli kenderaan seperti unta dan haiwan2 lain untuk memudahkannya ke masjid semata-mata kerana ingin mendapat ganjaran atas setiap langkah tapaknya ke masjid..

Pada suatu pagi hujan turun dengan lebatnya .. pemuda itu ingin menunaikan solat subuh ketika itu .. lalu nafsunya berkata kepadanya agar menunaikan sahaja solatnya di rumah .. 

dia bersetuju .. namun dia berasa sangat serba salah untuk solat subuh di masjid kerana kebiasaanya dia solat di masjid.. lalu dia bertekad untuk ke masjid.. dia mengambil sebatang payung lalu merentasi hujan lebat di subuh hari itu utk ke masjid .. namun malangnya dia terjatuh ke dalam lubang..lalu habis basah semua jubah dengan lumpur-lumpur .. lalu dia kembali pulnag ke rumah untuk menukar jubahnya dan berazam untuk lebih berhati-hati pada perjalanannya yang kedua sebentar lagi..

setelah manyalin semua pakaiannya , untuk kali kedua dia pergi ke masjid meredahi hujan yang lebat untuk ke masjid dan kali ini dia lebih berhati-hati .. dia berjalan dengan penuh berhati-hati termasuklah pada tempat yang dia terjatuh tadi .. namun dalam berhati-hati itu malangnya dia tergelincir di dalam longkang .. sekali lagi habis semua pakaiannya kotor dan basah..  dia kembali ke rumah untuk menukarkan pakaiannya..dia ingin menunaikan solat subuh di rumah sahaja namun dia berasa amat bersalah..sekali lagi utnuk kali ketiga dia meredahi hujan lebat untuk ke masjid..

pada kali ketiga ,, dia berjalan dengan lebih berhati-hati dan penuh perhatian supaya dia sempat smpai di masjid dan solat berjemaah..dia memerhatikan setiap halangan dan tempat2 yang dia  tegelincir tadi agar tidak terjatuh lagi seperti sebelum2 ini..
Namun dia sekali lagi terjatuh ..namun pada kali ini ada seorang pemuda cepat mencapai tangannya dan menyelamatkan dia daripada terjatuh dan membawanya ke masjid.. dia berterima kasih kepada pemuda itu dan menceritakan bahawa dia sudah dua kali tergelincir dlm prjalanannya ke masjid sebelum ni..

Setelah selamat tiba di masjid , pemuda itu terus pergi dan tidak solat subuh di masjid itu..
Pemuda yang ditolong itu berterima kasih kpdnya.. namun dia berasa hairan , siapakah pemuda itu ??

Lalu dia kembali mengejar pemuda yg menolongnya dan bertanya siapakah dia ?
pemuda itu berkata : " aku adalah syaitan "

seorang lagi pemuda amat hairandengan jawapan itu.. mana mungkin syaitan menolongnya ke masjid sedangkan syaitan ialah makhluk yang jahat..

lalu syaitan berkata :  "engkau tahu tak pada kali pertama engkau terjatuh dan bgkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid , Allah telah mengampuni semua dosa kamu "

"pada kali yang kedua engkau jatuh dan bangkit untuk pulang dan meneruskan perjalanan engkau ke masjid , Allah telah mengampuni dosa semua ahli keluarga kamu "

"dan pada kali ketiga jika engkau jatuh dan bangkit utk pulang dan meneruskan perjalanan ke masjid , Allah akan mengampuni semua dosa penduduk kampung ini "

" aku tidak sanggup melihat Allah mengampuni dosa semua penduduk kampung ini oleh kerana itu aku membantu engkau ke masjid "

begitulah kisah yang dinukilkan oleh Habib Ali Zainal Abidin berkaitan dengan besarnya ganjaran2 ke masjid..
semoga dgn kisah ini akan membangkitkan semangat kita untuk ke masjid dan beristiqamah solat jemaah di masjid..




0 comments: