BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 24, 2012

Al Habib Ali Zaenal Abidin: Amalan di bulan Rejab

Wednesday, May 23, 2012

Amalan-amalan yang digalakkan di Bulan Rejab - Habib Ali Zaenal Abidin B Abu Bakar Al Hamid

Pada post sebelum ini saya telah menukilkan serba sedikit tentang penafsiran Surah Taubah ayat 36 yang menerangkan berkaitan kelebihan bulan2 haram yang ditulis oleh Allah semenjak di Lauhil Mahfuz lagi.. Pada kali ini saya akan menukilkan amalan-amalan yang digalakkan untuk dilakukan pada bulan Rejab.


Telah berkata Syeikh Abu Bakar Al Warraq : ' Rejab adalah bulan menanam,Sya'aban adalah bulan menyiram dan Ramadhan ialah bulan menuai'

Semoga Allah megurniakan kesihatan kepada beliau

Amalan-amalan di bulan Rejab

1. Memperbanyakkan istighfar 

Sabda Rasulullah SAW : ' Apabila tiba pada bulan Rejab maka perbanyakkanlah istighfar '

Habib mengambil satu amalan daripada kitab Fadhail Bulan Rejab karya Syeikh Mohd Fuad Kamaluddin dan mengalakkan kita berishtighfar : " Allahummaghfirli warhamni watub alaiya " yang bermaksud 'Ya allah ampunilah dosaku dan rahmatilah daku serta terimalah taubatku'

Istighfar ini perlu dilakukan sebanyak 70 kali selepas solat Isya'

Berapa kalikah kita perlu beristighfar dalam bulan Rejab ?
Nabi Muhammad SAW bersabda : 
"Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

Nabi Muhammad beristgihfar dalam sehari paling kurang ialah 100 kali dan ada yang meriwayatkan sebanyak 70 kali pada hari2 yang biasa.. Jadi kita sebagai umatnya yang penuh dengan dosa perlulah menambahkan istighfar kita lebih pada bulan rejab .. kalaulah pada hari biasa kita beristighfar sebanyak 100 kali , kita perlulah menambahkan istighfar pada bulan Rejab kerana ganjarannya amatlah besar pada bulan ini..

Istighfar adalah satu medan kita untuk mengatur inayah [kembali] kita kepada Allah SWT setelah banyak melakukan dosa ..

Malah ada yang datang berjumpa Sayyida Ali Bin Abi Talib Karamallahuwajhah dan megadu kepada beliau , wahai ali ditempatku ini sudah lama tidak turun hujan , maka dijawab oleh Sayyidina Ali perbanyakkanlah olehmu istighfar .. ada juga yang berjumpa beliau dan megadu wahai Ali aku tidak pernah dikurniakan zuriat oleh Allah maka jawabnya perbanyakkanlah olehmu istighfar .. ada juga yang berjumpa dan mengadu wahai Ali , di kampungku air sungai kering kontang dan kurangnya sumber air , lalu dijawab oleh beliau perbanyakkanlah istighfar ..
dengan keberkatan istighfar akhirnya permintaan-permintaan yang diminta oleh mereka dikabulkan oleh Allah SWT , inilah kelebihan istighfar ..

Beristighfarlah kita semampu yang mungkin pada setiap hari di bulan Rejab.

2. Memperbanyakkan puasa sunat di bulan Rejab

Para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa di bulan Ramadhan ? Maka beliau menjawab : " Puasa di bulan-bulan haram "

seperti yang diketahui bulan Rejab termasuk dalam bulan-bulan haram.

Maka apabila tiba dibulan Rejab perbanyakkan olehmu untuk berpuasa sunat..
Habib menjelaskan lagi perbezaan puasa wajib dan sunat ..
Puasa wajib termasuk puasa ganti , nazar dan sebagainya kita perlu niat puasa pada malam sebelum kita berpuasa manakala puasa sunat boleh diniatkan pada waktu fajar dan seeloknya sebelum bersiwa ataupun pada waktu dhuha dgan syarat belum menjamah apa2 makanan..

Dalam Sunan Abi Daud , Nabi pernah berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab ..

Dalam bulan ini kita digalakkan berpuasa mengikut kemampuan kita dan memperbanyakkan berpuasa berbanding bulan2 yang sebelum ini..

Ada satu kisah seorang sahabat nabi yang bernama Said Ibnu Jubair yang datang bertemu dgan rasulullah dan bertanya kepada rasulullah , 

Said : Apakah puasa yang boleh aku lakukan selain pasa ramadhan ?
Nabi: Berpuasalah kamu 3 hari di setiap bulan.
Said : Ya rasulullah , aku ingin tambah lagi , bilakah lagi aku boleh berpuasa ?
Nabi : Berpuasalah kamu pada hari isnin dan khamis pada setiap minggu 
Said : Ya rasulullah , aku mahu tambah lagi bilakah lagi yang boleh aku berpuasa ?
Said yang berasa tidak cukup untuk berpuasa pada hari2 yang diberitahu oleh Rasulullah SAW
lalu dia berpuasa pada setiap2 hari dan hanya makan pada malam hari dan dilakukan selama beberapa lama sehinggakan badannya kelihatan tua dan lemah sehingga semakin tidak dikenali oleh Rasulullah SAW ..
Lalu Said kelihatan sugul dan hiba dan dia pun berkata andai aku mendengar nasihat Rasulullah SAW dahulu tentang puasa ,mungkin aku tidak kelihatan tua seperti ini..

oleh itu kita perlu mengambil ibrah daripada kisah ini dan berpuasa mengikut kemampuan kita..
ada juga yang membahaskan bolehkah kita puasa 3bulan[rejab,syaaban,ramadhan] secara berturut-turut ??

Kata Habib Ali : ' kalau kita mampu untuk berpuasa ketiga-tiga bulan ini teruskanlah kerana memang nabi galakkan berpuasa pada bulan rejab dan sya'aban tetapi janganlah kita memudaratkan diri dengan puasa sunat dan meninggalkan puasa wajib di bulan ramadhan , lakukan ibadah kita mengikut kemampuan seperti firman Allah , La yukallifullahu nafsan illa wusaha ..

3. Membaca doa [ Allahumma Bariklana fi Rajaban Wa Sya'aban Wa Balighna Ramadhan ]




Nabi Muhammad SAW memperbanyakkan doa ini apabila telah sampai di bulan rejab..
Doa ini amat besar nilainya dan dapat menambahkan kerinduan kita untuk mendatangi bulan Ramadhan yang penuh keberkatan , dengan memperbanyakkan doa ini juga dapat memanjangkan umur kita untuk berjaya sampai di bulan ramadhan dan mengilhamkan kerinduan untuk beribadat pada bulan yang barakah ini dengan izin Allah SWT.

Tausiyyah Bulan Rejab oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid - Tafsir ayat Surah Taubah ayat 36


Alhamdulillah , pada kali ini saya akan berkongsi sedikit dengan anda semua berkaitan dengan tausiyyah yang disampaikan oleh Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid yang membahaskan tajuk tentang bulan Rejab di Masjid Muadz Ibn Jabal,Setiawangsa.. Semoga dapat dimanfaatkan ilmu yang dicurahkan kepada kita


Habib memulakan tausiyyah beliau dengan mengatakan para anbiya dan solihin amat merindui bulan2 ramadhan dan kerinduan itu dizahirkan oleh Nabi Muhammad SAW yang apabila tiba dibulan Rejab maka baginda memperbanyakkan doa " Allahmumma Bariklana Fi Rajaban wa Sya'aban wa Balighna Ramadhan " yang bermaksud 'Ya allah berkatilah kami di bulan rejab ,sya'aban dan sampaikanlah kami di bulan ramdhan'..

Doa ini perlulah dilazimi agar menambahkan kerinduan kita akan bulan ramadhan dan doa ini juga mustajab untuk panjang umur sehingga sampai kepada bulan ramadhan..

Bulan Rejab merupakan bulan antara bulan2 yang istimewa sebagaimana dalam ayat ini :-




 
Yang bermaksud : Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah ugama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.

Empat bulan Haram yang terdapat di dalam ayat di atas ialah Bulan Zulkaedah,Zulhijjah,Muharram dan Rejab..
mengapa ia dinamakan bulan haram ?
Ia dinamakan bulan haram kerana diharamkan berperang pada bulan2 ini..

Dalam ayat ini allah memberitahu bahawa bulan rejab ialah antara bulan yang istimewa antara 12 bulan ..
Bulan Rejab ertinya At-Ta'azim yang ini bermaksud keagungan..seperti bulan2 yang lain ,dinamakan bulan zulkaedah kerana berasal daripada makna 'qa'adah' yang bermaksud duduk , bulan muharram berasal drpd perkataan haram yang diharamkan berperang , dan bulan zulhijjah yg berasal drpd 'haj' iaitu org yg mengerjakan haji..

Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Al-Asam yakni bulan yg tidak kedengaran pukulan pedang[peperangan]
dan dikenali juga sebagai bulan Al-Asab yakni bulan turunnya rahmat dan anugerah allah..

Sayyidina Abdullah Ibn Abbas menafsirkan ayat ini dengan mengatakan sesungguhnya ada 12 bulan yang telah ditetapkan oleh allah bermula drpd hari penciptaan bumi telah ditetapkan di lauhil mahfuz didalam kitab allah diantara telah dikhususkan iaitu bulan2 haram..
jadi Allah SWT telah mengkhususkan bulan rejab[antara bulan2 haram] antara bulan yg istimewa dan menjadi bulan yang banyak tercurahnya rahmat allah swt kepada hamba-hambanya..

lalu kata Sayyidina Abdullah Ibn Abbas lafaz 'wala tazlamu fihinna' yang bermaksud janganlah kamu menzalimi diri kamu mempunyai maksud yang amat indah .. dhamir fihinna merupakan dhamir muannas jama' dan melalui ayat ini allah melarang kita menganiyai diri kita sendiri..
kerana pada bulan2 ini Allah SWT meilpat gandakan dosa yang kita lakukan berbanding bulan2 yang lain..sebagaimana allah melipatkan ganjaran pahala yang banyak pada bulan ini..

kata Habib Ali menurut hadith nabi saw : '' satu pahala minimum diganjar oleh Allah SWT sebanyak 10 kali ganda , ada juga yang sampai kepada 700 kali ganda dan sehingga tidak dapat dihitung kecuali hanya allah shj yang tahu'

bagaimana untuk mendapat ganjaran yg lebih ? habib berkata ia bergantung kepada kualiti sesuatu ibadat dan pada waktu bila ia dilakukan megikut kelebihan yang tersendiri .. jadi pada bulan rejab merupakan bulan yg dikhususkan oleh allah untuk hambanya memperbanyakkan ibadah dan akan diganjarkan berlipat kali ganda pahala yg kita lakukan..

memanglah pada asalnya kita tidak boleh membuat zalim selama 12 bulan selama setahun akan tetapi allah mengkhususkan pada 4 bulan haram agar kita tidak menganiaya diri kita sendiri kerana akan mendapat dosa yang berlipat kali ganda..

menurut beliau lagi zalim pada bulan2 haram ini terbahagi kepada dua iaitu zalim am[kezaliman dalam bentuk apa sahaj] dan zalim khas [peperangan]
Habib berkata pada bulan2 haram ini diharamkan kita untuk berperang waimma kita berperang untuk menegakkan panji agama melainkan kalau kita diserang oleh pihak musuh , kita perlu mempertahankan diri kita..peperangan yang tidak dibenarkan dalam hal ini ialah apabila kita yang memulakan peperangan..

Pada sebelum kedatangan islam , arab2 jahiliah telah memuliakan bulan rejab dengan mengiktiraf bulan ini sebagai bulan tiada berlakunya pertumpahan darah.
Bangsa Arab Jahiliah membahagikan Rejab kepada 2 iaitu Rejab Mudhar dan Rejab Rabia'ah

Rejab Mudhar [ dari bulan jamadhil akhir hingga sya'aban ]
Rejab mudhar dinamakan sempena nama datuk Nabi Muhammad SAW
Rejab Mudhar ini mendapat pengiktirafan drpd nabi kebenarannya

Rejab Rabiah [dari bulan Syaaban hingga Syawal ]
Rejab ini tidak dipersetujui oleh Nabi Muhammad kerana rejab rabiah ini sengaja diubahkan oleh kaum2 arab jahiliah untuk mengharuskan peperangan..

Pada awal permulaan islam , rejab merupakan bulan tercurahnya rahmat dan anugerah pemberian yang amat besar kata Imam Al Ghazali dalam kitabnya mushafahatul qulub ..beliau juga berkata allah mencurahkan anugerah pada lima malam ,iaitu malam pertama rejab , malam jumaat, malam nisfu syaaban , malam aiduladha dan malam adiulfitri ..

daripada riwayat Ad Dhailami dan Baihaqi ,Nabi bersabda : " Sesungguhnya allah tidak menolak doa pada 5 malam iaitu malam pertama bulan rejab,malam nisfu syaaban,malam jumaat,malam aidiladha dan malam aidilfitri "

Sunday, May 13, 2012

Tafsir Surah Al Waqiah ~ Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid

Insya Allah wa biznillah saya akan berkongsi dengan anda semua tentang Tafsir Surah Al Waqiah yang dibahaskan oleh habibuna Ali Zaenal Abidin B Abu Bakar Al Hamid di Masjid Taman TAR,Ampang pada setiap hari selasa kuliah dhuha yg bertempat di sana .. semoga allah memberkati ilmuNYA yang kita sedang pelajari ini ..

Habib Umar bersama Habib Ali Zaenal Abidin
Tafsir Surah Al Waqiah 

-Surah ini diturunkan di Mekah Al Mukaramah. Yang diturunkan di sana kepada rasulluah SAW untuk menyelesaikan dan memantapkan masalah aqidah dan iman.
kebanyakan ketika di mekah sebelum hijriah adalah kufur kepada allah .
Jadi surah ini yang banyak menyentuh dan menceritakan tentang hari kiamat mengambil perhatian kepada kaum2 musyrikin untuk beriman kepada Allah .

Antara fadhilat surah Al Waqiah ialah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW .
-Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.

Maksudnya :-
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”

Rasulullah SAW bersabda agar mengajarkan kepada anak-anak kamu tiga perkara :-

1. Cinta kepada Nabi
2. Cinta kepada Ahli Bait ( keluarga nabi saw )
3. Ajarkan kepada mereka Al quran

kata Al Habib memberi nama yang baik kepada anak2 akan mempengaruhi akan nama itu ketika ia meningkat dewasa nanti .
Ada sebuah kisah , sebelum memeluk islam ada seorang badwi memberi nama anak mereka الأسد (singa) , نمر (harimau), عرس ( musang) dan lain2 kerana pada nama itu terdapat sifat2 keberanian .

menjadi kebiasaan orang2 badwi dahulu memberi nama2 yang maksudnya berani kepada anak-anak mereka agar menjadi seperti sifat2 haiwan itu agar berani , kuat , gagah dan sebagainya..

sebaliknya mereka memberi nama2 yg santun kepada hamba2 mereka dan mempunyai maksud yang lemah lembut seperti لطيف (lemah lembut) agar sifat lemah lembut itu terkesan dengan keperibadiannya hamba itu dan tidak akan membantah kepada tuannya..

Pemberian nama2 haiwan yang gagah yang diberi kepada anak2 badwi itu telah menyebabkan orang kampung telah mengenali rumah itu dengan 'حديقة الحيوانات' ( zoo) .

Pada ketika itu ramai yang curiga dengan si badwi itu , mereka ingin menguji dan melihat sendiri akan apa yg ada si dalam rumah si badwi itu kerana terlah tersebar di seluruh kampung bahawa di dalamnya terdapat anak-anak yg berani dan gagah.

Maka ada seseorang telah datang mengetuk pintu rumah si badwi itu utk meminta air minuman kerana kehausan. Maka si badwi itu telah mengetahui bahawa ramai yg ingin menguji apa yg ada didalam rumahnya maka dia berkata ' engkau jangan mempermainkan aku ' kepada pemuda itu. 

Maka kata2 si badwi itu telah didengari oleh anak2 mereka . mereka faham apa yg dicakapkan oleh ibunya lalu mereka (asad,namr dan lain2 ) keluar dengan keadaan garang. lalu pemuda itu sedar bahawa mmg di situ patut digelari dengan 'zoo' kerana terdapat anak-anak yg berani dan gagah .
Oleh itu , pemberian nama yg baik kepada anak akan terkesan juga akhlak yg baik selari dengan nama yg indah.

Ada sebuah qisah seorang pemuda yang bernama حزن (sedih ) , sepanjang hidupnya dia sentiasa sedih . namun setelah perkara ini telah diketahui oleh Rasulullah SAW , beliau menukar nama pemuda itu kepada سهل (mudah) .. lalu setelah itu , sepanjang hidup pemuda itu mudah dan dalam kegirangan. inilah kesan drpd nama2 yg baik.

Kata al habib kekayaan ada dua . 1 ) Harta
                                                    2) Jiwa
kaya jiwa ialah lebih baik berbanding kayanya harta..bukanlah kekayaan itu pada harta tetapi kekayaan itu pada jiwa.

Kekayaan pada jiwa akan menyebabkan seseorang itu berasa cukup dengan apa yg ada padanya.
Ada sebuah kisah , seorang raja sedang berburu di dalam hutan bersama pengawal-pengawalnya lalu terlihat seorang pemuda yg berda di tepi sungai yang meminum air sungai dan seekor ikan lalu berkata dengan sekuat hatinya 'Alhamdulillah , sega puji bagi engkau yg  mengurniakan nikmat terbesar kepada ku ' 

Raja itu kehairanan , baru minum air sungai dan seekor ikan sudah dikatakan nikmat terbesar ??
syuf , lihatlah seorang pemuda yg kaya jiwanya akan sentiasa bersuyukur kepada allah walaupun nikmat itu hanya sedikit dipandang manusia namun besar disisi pemuda itu.
Raja yang kaya-raya itupun tidak pernah berasa cukup atas nikmat2 kekayaan yang dikurniakannya..
itulah kesan kekayaan jiwa yg ada dlm diri kita.

Ada seorang sahabat bertanya : 'Ya rasulullah , apakah amalan yg akan dicintai allah swt dan rasulnya ?
maka jawab rasulullah : ' Hiduplah kamu dengan zuhud ,maka kamu akan disayangi allah , zuhudlah kamu dengan apa yg dimilik oleh orang lain ,akan disayangi manusia '

hadis ini jelas menunjukkan kepentingan zuhud di dunia dan berasa qana'ah(cukup dgn apa yg ada) akan mendapat cinta drpd allah dan manusia2 yang lain.

Jadi Surah Al Waqiaah merangkumi kekayaan jiwa dan harta .

Al Habib menyarankan kita agar membaca surah al waqiaah selepas asar pada setiap hari dengan menghayati maksudnya.
Habib juga menyatakan pada waktu subuh adanya rezeki ma'nawi yakni rezeki yang kita tidak nampak .
manakala waktu asar pula adanya rezeki hissi yakni rezeki yang kita nampak.
oleh itu sebaiknya bacalah surah waqiah selepas asar dan insya allah akand  diganjar oleh allah swt rezeki yg melimpah luas.

Rasulullah bersabda : ' Yang emutihkan rambutku (uban) ialah bacaan surah hud dan al waqiah '
-Surah Al Waqiah menceritakna tentang hari kiamat , oleh itu setiap kali rasulullah membacanya dia berasa takut dan menyebabkan membayangkan keadaan itu sehingga menyebabkan muncul uban2 kerana terlalu takut akan azab allah d hari kiamat.

56:1
Ayat pertama 

[1] 'apabila berlaku hari kiamat itu'

AL WAQIAAH pada bahasa bermaksud 'yang terjadi'.
kerana kejadian hari kiamat itu pasti terjadi dan tak mungikn tidak terjadi dan disokong oleh ayat ke 2

56:2


[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.

ayat kedua menguatkan ayat pertama . Al habib memberikan cth ayat :- 'Imam Masjid akan datang , dan tidak mungkin imam masjid itu tak akan datang '
sperti itu juga tentang berlakunya hari kiamat.

56:3
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).

ayat ketiga menjelaskan bahawa pada hari kiamat itu , orang yg taat akan diangkat tinggi darjatnya dan orang yg mungkar akan direndahkan darjatnya.
Orang yang beriman , dari detik dia keluar dari kubur akan dibimbing sehinnga ke syurga.
Manakala org yang tidak beriman , dari detik leuar dari kubur akan dibimbing ke neraka.

seperti sabda Nabi SAW :- 
' Man tawadha'a rafa'allah ' 
[barangsiapa yang tawadhu(taat kpd allah) akan ditinggikan darjat oleh allah .

Habib Ali meceritakan kisah saidina bilal dan abu dzar yang sedang berkelahi antara satu sama lain.
Abu Dzar daripada qabilah yg masyhur telah berkata kepada bilal bin rabah yg berasal daripada kaum kulit hitam dengan ' Ya Ibnu Sauda' ' (wahai anak orang hitam) .dan membuatkan bilal berasa kecil hati.

walaupun benar bilal itu drpd kalangan org kulit hitam , tetapi kata2 abu dzar yang memarahi bilal itu telah menyedihkan bilal bin rabah.

perkara itu disedari oleh rasulullah saw dan menegur kepada Abu Dzar . Aku lihat pada kamu terdapat sedikit sifat2 drpd kaum musyrikrin . Maka buanglah sifat keji itu drpd kamu '

Abu Dzar seorang sahabat nabi yg unggul , selalu berda bersama nabi dan selalu ke masjid nabi utk menuntut ilmu drpd nabi SAW akhirnya tersedar dengan kesalahannyan dengan teguran dripada nabi SAW dengna penuh hikmah.

Lalu AbuDzar kata kepada nfsunya ; ' Wahai nafsu , nah rasakanlah kamu berada di bawah telapak kaki seorang anak kulit hitam '

walaupun ditolak oleh Bilal dan dimaafkan namun Abu Dzar masih bertegas untuk mengajar hawa nafsunya yang menghasutnya , dan akhirnya bilal melakukan perkara itu dalam keadaan terpaksa. inilah didikan manhaj Nabi SAW .
Habibuna Ali Zaenal Abidin


Allah juga pernah bersumpah dengan hawa nafsu dengan sumpah seluruh alam dan makhluk di dalam surah Syams


A001
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;

A002
Dan bulan apabila ia mengiringinya;

A003
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;

A004
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),

A005

Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya)
A006

Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);


DAN ALLAH SWT berfirman :- 

A007
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);

dalam ayat ini allah telah bersumpah dengan matahari dan pasangannya ,siang dan pasangannya malam ,langit dan pasangannya bumi , dan sumpah dengan nafsu tanpa pasangannya . ini menunjukkan betapa kuatnya dorongan hawa nafsu dan berjaya lah siapa yg mensucikannya dengan firman Allah :- 
A009
[maka berjayalah orang yg mensucikan dirinya(hawa nafsu)

Habib Ali Zaenal telah berkata :
-Apabila lihat kepada orang yg lebih tua , ingatlah dia berbuat taat dahulu daripada kita , hinanya kita
-Apabila lihat kepada orang yang lebih muda, ingatlah kita lebih tua drpd meraka dan banyak maksiat berbanding mereka, hinanya kita
-Apabila lihat kepada orang kufur , ingatlah kalau dia dapat hidayah allah , belum tentu kita lebih mulia daripadanya , hinanya kita.

Tafsir ayat ke 4

A004
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.

A005
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,

pada ayat kelima , Habib Ali menceritakan bahawa di hari akhirat kelak kita akan melalui 50 stesen sbelum ke syurga / neraka .. iaitu proses penghisaban . setiap stesen mengambil masa seribu tahun , 50 stesen jadi 50 000 tahun untuk melalui proses2 itu .. 1 hari di dunia bersamaan seribu tahun akhirat.. Masya Allah bayangkanlah betapa lamanya proses penghisaban kita di sana..

Namun Habib juga menyatakan ada orang yang lalui semua itu 1 saat shj dan msuk syurga tanpa hisab itu semua bergantung kepada amalm dan rahmat allah.


Wallahua'lam insya allah akan sambung pada post yg akan datang.

-Muhamad Izzat Bin Ziad
[doakan saya menjadi hamba yg mencintai allah dan rasulnya sepnuh jiwa raga saya]
Jazakumullah kahiran katsiran