BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 11, 2012

KISAH SEORANG WANITA YANG KEMATIAN ANAKNYA -- [www.darulmurtadza.com]



Dalam salah satu Tazkirah Ramadhannya, Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid telah menceritakan tentang seorang wanita. 


Pada suatu zaman dahulu, seorang wanita sedang menangis kesedihan. Datang seorang Nabi yang diutuskan pada zaman ketika itu menanyakan hal wanita tersebut.

Wanita itu memberitahu bahawa dia sedih atas kematian anaknya yang masih muda. Peluang untuk beribadat pon kurang jika nak dibandingkan dengan usianya sendiri yang sudah lanjut.

lalu Nabi itu pon berkata, Tak usahla bersedih atas kematian anak yang baru berusia 400 tahun.

Kata nabi itu lagi, Pada akhir zaman, umat Nabi yang terakhir nanti hanya berumur di antara 60 hingga 70 tahun sahaja.

Wanita tersebut terkejut lalu bertanyakan benarkah hal yang demikian. Lalu Nabi tersebut membenarkan apa yang diceritakannya tadi.







Wanita itu pon berkata bahawa jika dia adalah umat Nabi Akhir Zaman, tidak perlulah dia melakukan perkara-perkara yang merugikan.

Dia akan mencari satu batu yang besar. Jika matahari terbit hingga tengah Hari, dia akan berlindung pada bahagian sebelah batu yang redup untuk beribadat. 

Kemudian apabila Matahari mula terbenam, dia akan berpindah kedudukannya ke sebelah yang satu lagi untuk berteduh dan beribadat.

Begitulah keadaannya setiap hari sehinggalah dia berusia 60 tahun.

Kata Habib Ali Zaenal Abidin al Hamid, ini nak menunjukkan betapa singkatnya umur kita. Jadi janganlah kita mensia-siakan rezeki umur yang diberikan kepada kita. 


KISAH SI PENAGKAP IKAN DAN ABANGNYA - [www.darulmurtadza.com]




Suatu masa dahulu, ada seorang yang yang alim, yang mencari rezeki dengan menangkap ikan. Kehidupannya hanya setakat cukup makan , bak kata pepatah, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Demikian hidupnya sehari-hari bergantung kepada apa yang ada di kawasan tempat tinggalnya.

Satu ketika, beliau memanggil Anak Muridnya untuk menghantar hadiah kepada abangnya. Setelah diberikan alamat rumah abangnya, si Murid itu pon terus pergi menghantar hadiah yang dibawakan oleh gurunya. Iniah sifat seorang murid yang taat pada gurunya yang sanggup berkorban untuk berkhidmat demi gurunya.




Maka sampailah si Murid ke alamat yang diberikan. Pada mulanya si Murid berasa was-was dengan tempat tersebut.

"Betul ke ini rumah abang guru ku..Besar dan sangat mewah!"

Namun setelah diselidik, betullah rumah itu kepunyaan abangnya.. Si Murid pon memberikan hadiah kepada Abang Gurunya, lalu Abangnya pon berkata:

"Pesan kepada Adikku, Janganlah kejarkan Dunia!"

Si Murid berasa hairan...

Dengan perasaan Marah, Si Murid pon balik. Mana tidaknya, dah la abang gurunya seperti bersifat keduniaan dan berumah besar seperti orang kaya,  ada hati pulak nak pesan kepada gurunya yang hidup sederhana untuk tidak mengejar dunia.

Sampai dirumah Gurunya, murid itu pon menceritakan apa yang telah terjadi. Setelah mendengarnya, gurunya pon menangis, dan mengasingkan diri untuk seketika...

Sekali lagi, Si Murid merasa Hairan!...

Apabila ditanyakan hal Gurunya, Gurunya pon menerangkan:

"Abangku tidak mengejar dunia, tetapi terlalu mengejar akhirat.. lalu Dunia yang mengejarnya..

Aku pula, terlalu bergantung kepada apa yang ada di Sungai.. tidak mengharapkan kebergantunganku kepada yang Maha Esa"..


Maka pahamlah Muridnya tentang apa yang telah terjadi.


********

Kisah ini diceritakan beberapa kali oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al Hamid dalam tazkirah-tazkirahnya…

Terdapat banyak isi yang tersurat dan tersirat dalam kisah yang diceritakan tadi. Marilah kita mengambil manfaat serta sebarkan kepada semua.
Semoga Allah sahaja yang dapat memberkati serta memberi ganjaran atas usaha kita yang kecil ini, insyaAllah.