BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, September 3, 2010

Tazkirah Ust Adnin Yahya,guru maahad Perlis...

assalamualaikum dan slm ramadhan...
sy ingin berkongsi dengan anda semua tntg kuliah subuh yg diberikan oleh ustaz Adnin dan diharap dpt direnungi bersame..Ustaz Adnin Yahya berasal dr Perlis,.dan merupakan seorang ustaz di Maahad PErlis

________________________________________________

Antara kata-katanya :


Imam Hassan Al-Banna berkate: Pada bulan ramadhan,jiwa kita akan berada di kemuncak kejernihannya,dengan kejernihan ini,maka perubahan boleh dilakukan dengan mudah...


Sesiapa yang tidak berdoa untuk keampunan di bulan ramadhan,maka ia akan dicampakkan ke dalam neraka ghail..

Seterusnya,kita kena ada perasaan husnul-zhon kpd Allah..yakni bersgke baik kpd Allah..
Kalau kita xmampu bersgke baik dgn Allah,cube kita hitung balik semua rezeki dan nikmat yang Allah dh beri kat kite??mesti tidak terhitung rezeki dan nikmat NYA nya yg diberikan kpd kite...


Di sepanjang bulan ramadhan,Allah membebaskan orang2 yang dibelenggu di neraka...Perkara ini telah menunjukkan bahawa Allah Maha Pengampun..sehinggakan ade satu kisah ni..ade sorg lelaki ni,..dia byk buat dosa besar..berzina dn sbgainya...setelah dia tahu akan azab allah,dia membunuh dirinya kerana takut kpd Allah...disebabkan oleh kerana ketakutan dia kpd allah,dosanya diampunkan oleh allah waimma dia telah bunuh diri..

Inilah yang dikatakan Allah Maha Pengampun...Nabi muhammad menyuruh umatnya sentiase berdoa kpd allah..beliau juga menyatakan allah mempunyai satu sifat malu..katanya Allah akan malu apabila ade hambanya yg berdoa kepada allah,dan tidak dimakbulkan doa hambanya itu,allah akan berasa sgt2 malu...
oleh itu,sbgai hambanya,..kita msti slalu berdoa kpd allah agar diampunkan dosa kita yg lalu..


Saya mintak maaf kerana sebenarnye byk isi lagi yg sy dpt tetapi kesuntukan masa utk menulisnya...sye p0n nk balik kelate ni...nt kt sne sy smbg blek..dan insya-allah kalau sy berkesempatan ke Medan Ilmu di Kelantan..sy akn berkongsi dgn anda semua di blog ini...sekian,wassalam...

Rentetan Daripada Tazkirah pd 24/25 ramadhan

Assalamualaiku dan slm sejahtera....Insya-allah pada hari saya akan memberi sedikit ringkasan yang telah saya dapat setelah menghadiri 1 tzkiarah yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Nor Hafizi di SMKAKL ..

Antara isi-isi yang saya dapat ketika tazkirah Us Hafizi pada hari penutupan bulan Ihya' Ramadhan adalah,..
Sesungguhnya pada awal Ramadhan Allah akan memandang kepada mereka(manusia),dan sesiapa yang dipandang oleh allah maka ia tidak akan diazab di akhirat kelak,dan Allah juga akan memandangkan ibadah-ibadah dan ketakwaan mereka di akhir ramadhan,jika awal Ramadhan disambut dengan keli-kelipan cahaya,maka di akhir ramadhan cahaya semakin berkelip-kelip..

Huraian: Jika kita lihat situasi sekarang,di akhir ramadhan,ramai manusia lebih mementingkan persiapan dan kelengkapan hari raya berbanding dengan mencari lailatulqadar dan menambahkan amalan-amalan.

Kalau kita lihat pukul 2 pagi kt Jalan TAR,..masih ramai agy yg sggup berjaga malam untuk mengadakan persiapan hari raya,dengan pakaian yg tidak menutup aurat pada bulan yang mulia ini,.dengan bersentuh-sentuhan sesama tidak muhrim..ini ke yg dinamakan MEMANFAATKAN bulan ramadhan?

andai kata Allah nak bagi bala kt situ sekaligus boleh..mereka yg demikian sanggup berjaga malam untuk membuat persiapan raya,tetapi QIAMULLAIL ????malas yg  amat..bukan stakat qiamullail..solat terawih p0n dah malas ,ini apatah lagi berqiamullail,,,!!


Isi seterusnya: Sahabat2 dahulu membuat persiapan ramadhan 2bulan sebelum ramadhan..Bulan Rejab dinamakan bulan menyemai benih..pada bulan2 ini shbt telah mula berpuasa sunat dan beberapa amalan2 lain untuk mghadapi ramadhan.

Bulan Sya'ban pula dinamakan bulan menanam benih,..bulan2 ini juga shbt2 mula membaca al-quran dan sebagainya..dan apabila tibanya Ramadhan yakni bulan yg penuh keberkatan,.Bulan ini dinamakan bulan menuai benih..pada bulan inilah kita mempraktikkan semua ibadah-ibadah yg kita buat sebelum ini dan manfaatkan kelebihan2 yg ada pada bulan ramadhan..

Seterusnya,dalam surah Taubat ayat ke 36..Ustaz suruh cari sendiri ayat ni,..penat eden bukak tafsir,,,hu2..
allah dah beritahu sekian lama dulu bahawa bilangan yang ada di sisi allah ada 12,.diantaranya 4 bulan yg mulia...

kalau kita lihat,kalamullah ini sudah lama diturunkan,tetapi pkr2 saintis bru jumpa yg setiap tahun ade 12 bulan..inilah yg menunjukkan kesahihan al-quran yang benar..dan diantaranya terdapat 4 bulan yg mulia di sisi allah ...Ramadhan adalah bulan yg termasuk dlm bulan2 yg mulia di sisi allah..

Adakah kita sanggup membuat amalan jahat seperti mencuri,berzina di sisi allah pada bulan ramadhan????masya-allah,.bulan ini amat2 lah mulia di sisi allah..

Ustaz cerita satu kisah..pada akhirat kelak akan ditiup satu wangian yang sangat wangi..manusia semua tertanya-tanya wangian apakah ini??kata allah...inilah wangian mulut-mulut orang yang berpuasa..orang yg berpuasa di akhirat nt,..wangian mulutnya lebih wangi drpd wangian kasturi... inilah ganjaran yg allah berikan kpd org2 berpuasa setelah bermujahadah melawan nafsu,.membaca ayat2 suci quran dan sebagainya..


Akhir sekali,cuba kita imbas kembali...cukupkah amalan kita di dunia utk mghadapi sakaratul-maut..sebenarnya sahabat yg paling rapat dengan kita bukanlah Mawi,DBSK,Bkface,.& lain2..sebenarnya sahabat yg paling rapat dengan kita ialah kematian..kematian ni boleh berlaku bila2..boleh ke kalau malaikat maut jumpe kita nk ambil nyawa kita..kita ckp kt dye tgguh lagi 30 tahun..boleh ke???xboleh....oleh yang demikian,,..pada 10 mlm terakhir ramadhan ni marilah sama-sama kita menambahkan amal ibadat kite kerana bulan ini allah gandakan amalan kita...



Ustaz ckap,.cuba kalau kita tanye ahli kubur,..sekiranya dpt hidup balik kt dunia..berapa rakaat tarawih diorang nak  buat..mesti dia cakap nak buat 36 rakaaat..sebab amalan2 kt dunia masih xcukup..ini klau kite tgk kt msjid...tarawih pon org malas nk buat..siap escape lagi time terawih...renung-renungkanlah kite xnk wt terawih ke xnk??nk wt 8 rakaat ke 20??rse2nye cukup xamalan kita di bulan ramadhan ni??jdi tggl lagi 5 hari ni kita pulun habis-habisan.....


sebenarnya byk lagi isi dlm notebook sye ni..tpi xsempat sye nk tulis..harap2 ape yg saye tulis dpt diambil ibrah oleh antum semua...

Friday, August 27, 2010

Cerita Benar Di Dorm


Kisah ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya, lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga dirapatkan.

Tak lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm, kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya, betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu, aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah. "Bon! Bon! .
Bon.!". Bon tersedar. "Apa hal kejut aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Bon sambil menggenyeh matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku. "Tengok tu."  Bon memandang ke depan, dan sesaat kemudian memandang ke arahku semula.

"Takde apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk ni."bon tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya. Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan bon sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci.  Aku memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.

Selang lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala. Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak ke naya!

Tiba-tiba suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap, kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku. Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.

"Bangun izzat oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan. Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni! sebenarnya aku hanya bermimpi.. 

Misteri Penjara Pudu

JADIKAN LAH RENUNGAN BERSAMA......NGERI.............................

Mengapa penjara Pudu ditutup???




LUANGKAN LAH MASA ANDA UNTUK MENGHAYATI KISAH MISTERI DI SEBALIK IBUKOTA KUALA LUMPUR.....
Berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dulu. Hanya

boleh disebarkan pada orang2 tertentu sahaja...



Sebelum Penjara Pudu ditutup dulu pernah diceritakan bahawa terdapat

satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Dibilik inilah seringnya

berlaku kejadian pelik sejak Penjara Pudu ditutup. Dinamakan "BILIK

TERAKHIR " adalah kerana dulu ia merupakan bilik kediaman terkahir

bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai

mati pada keesokan harinya dibilik gantung.



Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan akan meratap,menangis,

menjerit, bercakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana

menyesali kesalahan mereka yang lalu. Mereka menjadi begitu kerana

dikatakan tidak kuat semangat menghadapi maut keesokan harinya yang

telah diketahui mereka. Menurut kata warden-warden yang masih ada di

Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan,

mereka sering terdengar suar a-suara sayu meminta tolong, suara orang

menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak

kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam

sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak

pula kelihatan kambing keluar semula.



Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan bilik tersebut

mengatakan bahawa suara-suara yang sering kedengaran diwaktu malam

dari Bilik Terakhir itu adalah akibat roh-roh pesalah yang mati ditali

gantung tersebut tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung.



Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan

renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan mengawal kawasan yang

berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal

kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi beliau terdengar seperti tapak

kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.



Ia cuba beranikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu.Sedang

ia mengamat-amati maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing

hitam sedang menuju kearah Bilik Terakhir itu lalu lesap begitu saja.

Ia berasa harian bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?

Oleh kerana ingin tahu ia beranikan juga diri menghampiri Bilik

Terakhir itu.



Alangkah terperanjatnya mendapati pintu bilik itu telah bertukar

menjadi pintu gua. Mulalah ia berasa gementar, seram serta menggigil

ketakutan namun diberanikan juga diri memasuki pintu gua yang

samar-samar itu sambil meninjau-ninjau didalamnya jika terlihat akan

kambing tadi. Apabila apabila sampai je kedalam gua tersebut alangkah

terperanjatnya ia bila didapati banyak harta karun dalamnya. Ia cuba

mengambil harta itu tetapi tiba-tiba hilang dari pandangan lalu

menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata,



"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan awak sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan

kauuu yang punyaaaa " " Ahmaaaaaad Albab yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha

Ha " Yaaaaaaa, Ahmaaaaadd Albab yang punyaaaaaa ... "




Tahniah kerana minat membaca.



p/s:-mahap yer...lawak bulan ramadhan nie...heheheheheh.