insya allah pada kali ini ana ingin menyambung sedikit penulisan ana berkaitan dengan tauseh imam habib umar al hafidz,,seorang ulama dr yaman dan berketurunan nabi Muhammad,,tauseh nya ini diberi ketika Majlis Haul Imam Al Haddad ketika di Shah Alam..
Tausehnya diberi dalam bahasa arab,,tetapi ade penterjemah dalam bahasa melayu oleh seorang ustaz daripada indonesia...
antara isi-isinya :
Rasulullah bersabda : Bahawa akulah yang paling takut dan bertakwa kepada Allah swt
Imam Abdullah Alawi Al Haddad berketurunan nabi dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..beliau telah kehilangan daya penglihatannya ketika berusia 4 tahun dan digantikan allah dengan kebolehannya yang luar biasa dengan menyebarkan ilmu dengan luasnya...
beliau telah mengisytiharkan bahawa dia telah menyempurnakan kesemua sunnah rasulullah dengan hanya niat kerana mahu mendorong murid2 beliau menjejaki beliau dalam meraih balasan cinta murni drpd rasul...
imam habib umar berkata :
rukun iman ada enam perkara...
ada hadith yg menyebutkan : 'iman itu adalah beriman kpd allah,malaikat hamba allah,kitab2,rasul2 dan qada' qadar yang baik.
barangsiapa yang berkata dia ada iman tetapi tidak mempercayai salah satu daripada rukun iman,,MAKA dia adalah kafir...
Pada satu hari ada orang yahudi telah berkata kepada nabi bahawa jibril adalah musuhnya..lalu nabi bersabda ; 'Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku maka akan aku isytiharkan peperangan'...
begitulah utuhnya iman nabi kepada malaikat..
ada juga ulama yg menyatakan : 'Siapa yang ditimpa musibah,mana mungkin ada husnul khatimah jika memusuhi wali-wali allah..
kita di zaman sekarang byk mengagungkan artis2 sehinggakan memusuhi wali-wali allah seperti ulama-ulama dan sebagainya,,sebaliknya kita hjanya seronok mencari kemewahan dunia..nauzubillahiminzalik...
Ada satu kisah,,ketika nabi sedang berwudhu'..ramai sahabat2 berebut ingin mendapatkan serpihan air wudhu' nabi untuk mendapatkan keberkatan,,sahabat2 apabila tidak sempat mengambil serpihan2 drpd nabi..mereka mgambil serpihan drpd rakan2 yang lain utk mengambil keberkatan hasil drpd wudhu' nabi..
Allahuakbar..betapa murninya nabi sehinggakan sbht2 berlumba-lumba ingin mendapatkan keberkatan drpdnya...
Aqidah merupakan yakin ada akan unsur ketuhanan..yakin adanya Allah..
akan tetapi jika kita yakin ada allah yang lain,,maka adalah dosa yang paling besar ...
kaum musyrikin telah sujud kepada berhala..maka ia merupakan dosa yang paling besar..
Malaikat pernah diperintahkan oleh allah supaya sujud kepada nabi adam..
ya'kub dan lain2 juga pernah sujud kepada nabi yusuf..
malaikat serentak sujud kepada nabi adam setelah diperintahkan oleh Allah..
Ini semua merupakan perintah drpd allah..
JIka sujud kepada yang laen tanpa perintahnya ia merupakan batil..tidak boleh sama sekali..
Iblis tidak sujud kepada Adam,,tetapi dia sujud kepada Allah..akan tetapi setelah dia ingkar perintah Allah..maka dia telah menderhaka kpd allah walaupun dia sujud kpd allah..
samalah kita ..kita sembah kpd allah,,tetapi masya-allah,,zina sana sini,,maksiat,,astaghfirullah..
Ada dlm shahih al-bukahri meriwayatkan : Jubah rasul ada disimpan oleh isterinya Maimunah setelah baginda wafat..jubah itu adalah jubah yang dipakai oleh rasul..maimunah berkata dia menyucikan jubah tersebut dan mengambil serpihan2 airnya utk sembuhkan orang yang sakit dengan mengambil keberkatan drpd jubah tersebut..
Maka di sini hendaklah kita mengenali kedudukan orang yang megesakan allah,jangan sibukkan diri kita dengan mengkafirkan orang lain,..lebih baik kita sibukkan diri kita dengan mengambil ilmu yang benar dan membersihkan hati kita..
Al Habib juga berkata bersyukur kerana kita jauh kpd syirik yang besar seperti menyembah berhala dn sbgainya..akan tetapi berhati-hati lah kita dengan syirik yang kecil iaitu menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah..
Marilah kita ambil pengajaran dan perhatian..mensucikan hati kita,,jauhilah amal ibadat tanpa kesucian hati..
Ada sebuah kisah mengenai imam abdullah al haddad..
satu ketika pada musim haji..ada seorang bapa telah memberi sebilah pisau kepada anaknya utk diberikan kepada al haddad yakni dlm bhsa arabnya tukang besi bagi menajamkannya..lalu anak itupun membawa pisau itu agar tukang besi dpt menajamkan pisau itu,,lalu dia bawa pisau itu kepada imam al haddad...
sebenarnya si kecil ini telah tersilap..ayahnya berkata beri kpd al haddad tukang besi..tetapi anaknya telah tersilap memberikan pisau tersebut kepada imam al haddad..ketika memberi pisau itu kepada imam al haddad..maka al haddad berkata : berikan pisau itu kpd saya,,esok saya akan berikan dalam keadaan yang tajam..ketika ini imam al haddad sudah mngetahui bhwa si kecil ini telah salah faham...dia hanya tersenyum..
Apabila muslimin pada zaman kini dihadapkan dgn situasi sebegini..mesti mereka marah,,tetapi tidak bagi imam al haddad..dia seorang yang alim ,kuat beribadat dan hatinya sangat bersih..Maka keesokan harinya..anak itu datang bagi mengambil kembali pisau tersebut..dia bertanya akan harga ..akan tetapi imam al haddad kata tidak perlu bayar,,bawakan pisau ini kepada bapa kamu,,,
setelah kembalinya anaknya ke rumah,,si ayah berasa pelik,,mana mungkin ada tukang besi yg memberikan perkhidmatan secara percuma..si ayah bertanya kpd anaknya..
Ayah : berapa kosnya ?
Anak : haddad kata tak perlu bayar..
Ayah : Mana ada tukang besi yang tidak mahu bayaran..di mana rumahnya ?
Anak : rumahnya jauh dr pasar..
Ayah : Haddad yang mana satu ?
Anak : Imam Abdullah Al Haddad...
Lalu si ayah bersa amat malu dan terus berjumpa dengan imam al haddad dan meminta maaf kepadanya atas kesilapan anaknya..lalu imam al haddad berkata : 'jangan kamu marah,hukum dan jgn ada perasaan tidak suka kpd anak kamu..sesungguhnya aku lgsg tidak berasa dihina '..begitulah indahnya sifat yang dimiliki oleh imam abdullah al haddad ini..
Imam Abdullah Al Haddad sangat menjaga adabnya kepada allah,muamalahnya kepada hamba2 allah..
ketika dia menuju ke tempat solat,,dia tidak berbicara dahulu..dia dengan penuh takzim kepada allah..ketika hendak solat,,ketika mengangkat takbirnya..maka terbelahlah mihrab dihadapannya dengan hatinya yang tulus suci kepada allah..apa yang hairannya..terdapat kesan2 retakkan itu dan ia masih kekal apabila dilihat oleh imam habib umar..
sekian sahaja perkongsian ilmu kita ats apa yg telah dibicarakan oleh imam habib umar al hafidz..semoga dpt mgambil iktibar dan menyebarkannya kepada org laen..
Muhd Izzat Bin Ziad
Al-fakir ilallah al qawi..
wassalam...
Friday, December 17, 2010
Sambungan Tauseh ketika HAul imam al haddad ~ habib umar
Posted by izzat26 at 9:18 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment