BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 20, 2011

Kisah Taubay Malik Bin Dinar - sumber drpd Baalawi.net

Ibnu Al-Jauzi meriwayatkan dalam Kitab At-Tawwabin(orang-orang yang bertaubat), daripada Malik Bin Dinar bahawa beliau ditanya mengenai sebab taubatnya, lalu beliau menjawab: “Dahulunya aku adalah seorang polis (di zamannya) dan aku pernah membeli seorang hamba wanita yang cantik. Dia amat sesuai bagiku. Lalu, dia melahirkan seorang anak untukku dan aku pun amat kasih padanya. Ketika mana dia mula berjalan, maka bertambahlah kasih sayangku buatnya dalam hatiku. Dia bermesra denganku dan aku pun bermesra dengannya. Setelah dia berumur 2 tahun, dia meninggal dunia dan kesedihannya itu pedih buatku.”

“Pada satu malam iaitu malam pertengahan bulan Syaaban, iaitu malam Jumaat. Aku terlihat di dalam mimpiku seolah-olah telah berlakunya hari kiamat. Sangkakala pun telah ditiup dan para penghuni kubur pun dibangkitkan. Lalu semua makhluk pun dihimpunkan dan aku juga bersama mereka. Maka aku pun terdengar satu pergerakan, aku memalingkan pandanganku. Tiba-tiba ianya adalah seekor ular besar berwarna hitam kebiruan. Ia telah pun membuka mulutnya dan mengejarku. Aku berlari-lari di hadapannya tergesa-gesa. Dalam perjalananku, aku berjumpa dengan seorang lelaki tua yang bersih pakaiannya serta berbau wangi. Maka aku pun memberi salam kepadanya. Dia menjawab salam kepadaku. Aku pun berkata: “Wahai lelaki tua, selamatkanlah aku dari ular ini dan semoga Allah menyelamatkanmu jua.” Lelaki itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah dan ianya (ular) pula lebih kuat dariku. Berlarilah dengan segera. Semoga Allah merupakan buatmu sesuatu yang menyelamatkanmu darinya.” Lalu, aku pantas berlalu terus ke hadapan. Lalu aku pun naik ke atas satu anjung daripada anajung-anjung hari kiamat itu. Lalu aku pun melalui di tepi beberapa tingkatan api neraka dan aku hampir-hampir terjatuh ke dalamnya disebabkan pergelutanku itu. Maka satu suara menjerit: “Berundurlah kamu! Kamu bukan daripada ahlinya.” Lalu aku berasa senang dengan kata-katanya itu dan aku pun berundur. Ular itu juga kembali mengejarku. Maka aku pun kembali semula kepada orang tua itu dan aku berkata: “Wahai orang tua! Aku sudah pun memintamu supaya menyelamatkanku dari ular itu, tapi kamu tidak melakukannya.” Lalu orang tua itu pun menangis dan berkata: “Aku ini lemah. Tetapi, kamu berlarilah kepada bukit itu. Di sana terdapat tinggalan orang-orang Islam. Jikalau kamu ada tinggalan di sana, ianya dapat membantumu.” Aku pun melihat ke arah sebuah bukit yang dikelilingi oleh perak. Padanya terdapat lubang dindingnya yang menembusi di belakangnya, terdapat dua daun pintu diperbuat dari emas merah, diselangi dengan batu delima dan diliputi oleh permata. Pada setiap daun pintu terdapat tirai dari sutera. Setelah mana aku melihat ke arah bukit itu, aku pun berlari-lari ke arahnya dan ular itu masih di belakangku.

Sehinggalah aku mendekatinya, beberapa malaikat A.S menjerit: “Angkatlah tirai, bukalah daun pintu dan perhatikanlah!, moga-moga terdapat simpanan buat orang putus asa ini dalam kalanganmu semua yang dapat menyelamatkannya dari musuhnya itu.” Setelah mana dibuka daun-daun pintu itu dan mereka memerhatikanku, aku dapati ramai kanak-kanak seumpama bulan-bulan. Ular itu pun mendekatiku dan aku tercengang. Beberapa orang dari kanak-kanak itu menjerit: “Dengarlah kamu semua! Kesemua kamu perhatikannya! Musuhnya telah pun menghampirinya.” Mereka itu pun datang memerhatikan sekumpulan demi sekumpulan. Tiba-tiba anak perempuanku memerhatikan aku, menangis dan berkata: “Demi Allah ini adalah ayahku!” Lalu dia pun melompat kepadaku dalam satu bekas diperbuat dari cahaya jalan seperti anak panah sehinggalah dia berada di sisiku. Dia pun menghulurkan tangan kirinya ke arah tangan kiriku. Maka aku pun berpaut kepadanya. Dia juga menghulurkan tangan kanannya ke arah ular itu sehinggalah ia melarikan diri. Kemudiannya, anakku itu meletakkan aku dan dia duduk dalam pangkuanku. Dia meletakkan tangan kanannya ke atas janggutku sambil berkata: Wahai ayahku!

“Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah?”(Surah Al-Hadid: 16).

Lalu aku pun menangis dan berkata: “Wahai anakku! Kamu semua tahu tentang Al-Quran?” Maka dia pun berkata: “Wahai ayahku! Kami semua lebih mengetahui tentangnya berbanding kamu semua.” Aku berkata: “Beritahulah kepadaku tentang si ular yang hendak membinasakanku itu.” Si anak itu menjawab: “Itulah amalan burukmu yang telah engkau menguatkannya. Ianya hendak menghumbankanmu ke dalam neraka Jahannam.” Aku bertanya: “Lelaki tua yang aku berjumpa dengannya itu?” Dia menjawab: “Itulah amalan solehmu yang engkau telah melemahkannya sehingga ianya tidak lagi mampu mengalahkan amalanmu yang buruk itu.” Maka aku pun berkata: “Wahai anakku, apakah yang kamu semua lakukan di bukit ini?” Dia menjawab: “Kanak-kanak orang Islam telah tinggal di dalamnya sehinggalah ke hari kiamat. Kami pula menantikan kamu semua datang kepada kami, maka kami dapat membantu kamu semua.” Malik bin Dinar pun berkata: “Maka aku pun terjaga dalam keadaan takut dan gementar. Maka aku pun memecahkan kesemua alat-alat yang digunakan dalam menentang Allah. Aku juga telah meninggalkan kesemua itu. Aku jua telah mengikatkan taubatku dengan Allah Taala, iaitu Taubat Nasuha. Maka Allah pun menerima taubatku itu.”

Sunday, July 17, 2011

Detik-detik ketika Program Maulid bersama Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid dan Ustaz Azhar di SMKAKL..










































Saturday, July 9, 2011

Impian jadi kenyataan,,! ALHAMDULILLAH

 Insya allah setelah lama sy tidak mengupdate blog ini,,sy akan menceritakan serba sedikit pgalaman sy yg sgt indah..ianya bermula pada tahun 2010,,ketika ini sy baru berjinak-jinak dgn majlis ilmu..

Alhmadulillah sy berpeluang mnghadiri satu majlis haul imam abdullah al haddad di masjid al bukhary,KL atas pelawaan ustaz2 di sekolah sy..katanya Habib Umar Al-Hafizh bersama di majlis itu..alhamdulillah dgn iznNYA sy dpt ke sana bersama beberapa rakan yg lain..keesokan harinya sy ke Shah Alam bg menghadiri majlis Habib Umar  .. dan ketika itu penterjemahnya merupakan Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid..cara terjemahan beliau amat indah..itulah kelebihan yg allah kurniakan kpd kekasihnya...

kemudian selepas itu pertemuan demi pertemuan yg diatur oleh allah,,alhamdulillah pd tahun 2011,,sy berpeluang mghadiri satu majlis haul habib ali dan imam abdul rahman al attas juga di masjid Al Bukhary..mjlis itu dimeriahkan oleh kehadiran Habib Munzir Bin Fuad Al Musawa dan juga Habib Ali Zainal Abidin..




Majlis itu dimulakan dgn tausiyyah drpd Habib Ali dan diteruskan oleh Habib Munzir...tiba-tiba terdetik hati sy untuk bersalaman dgn Habib Munzir dan Habib Ali utk mngmbil barakah..
setelah mjlis itu berakhir..,impian sy utk bersalaman bersama habib munzir berkecai apabila dia terus dibawa keluar oleh beberapa org pgawalnya selepas slt Isya'.
Alhamdulillah,,hati sy sedikit terubat apabila berpeluang bersalaman dgn Habib ALi ..
selesai shj beliau solat sunat,,sy terus menuju ke arahnya dlm bersalaman dgnnya,,dia tersenyum dan mencalitkan sedikit minyak wanginya ke tanganku..ak berasa amat gembira..itulah pglman manisku,

Setelah itu,,Allah sekali lagi mengaturkan pertemuan ku dngnya di Ba'alawi di Ampang..ketika itu Syeikh Yusoff Al Bakhour turut bersama memeriahkan majlis itu..Habib Ali mengajar tafsir surah yusuff pd mlm itu..aku amat kagum dgn ilmunya,,penerangan beliau amat jelas..ak amat kagum dgnnya...alhamdulillah ak berpeluang berjabat tgn dengannya sekali lagi,,aku tringat ketika beliau mencalitkan minyak wanginya kpd ku d Msjd Al Bukhary tempoh hari..senyumannya amat indah sesuai dgn akhlaknya...

Apabila d sekolah,,tiba2 hatiku terdetik untuk menjemput Habib Ali ke sekolahku (SMKAKL) , untuk menaburkan  ilmunya di sini,,namun impian ku umpama bulan jatuh ke riba..mana taknya,,habib ali merupakan ulama yg disegani dan mgkin dia sibuk dgn urusan dakwahnya dan tidak berpeluang ke smkakl..namun,,sy masih memasang azam bhwa satu hr nanti,,dgn izin allah dia akan ke SMKAKL..



Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid


 ketika itu sy sdg berfacebook..ttiba sy terlihat gambar Ustaz azhar bersama habib ali di satu majlis..terlintas di hatiku,,rupa2nya habib dan ustaz azhar bersahabat baik..Mungkin mereka sudah bersahabat di darul mustafa lagi..Ustaz Azhar aku amat kenali kerana sering menghadiri pgajiannya di khazanah fathaniyah,Gombak..hatiku terdetik utk bertanyakan Ustaz Azhar tntg habib Ali..lalu aku mghubunginya dan bertanya kpd ustaz azhar..

kebetulan ketika itu,,di sekolah sy mmg mencari tetamu undangan bg memeriahkan Bulan Badan Dakwah dan Rohani d SMKAKL..sy berhajat utk menjemput ustaz azhar dan habib ali...sy mengemukakan hajat sy kpd ustaz azhar,,dia bersetuju dan menjemput sy bersama-sama ke Madrasah An Nur bg berbincang dgn Habib Ali,,dia turut mnjmput sy utk prgi ke sana bersama dgnnya,,dan dia akan hantar sy balek ke asrama sesudah selesai urusan dgn habib ali..

Pada hari ahad bertanggal 3 Julai,,menjadi sejarah dlm hidupku,,pada pagi itu sy ke pgajian Ustaz Azhar di Khazanah Fthaniyah di Gombak,,setelah itu,,sy bersama-sama ustaz azhar ke sg buloh bg meneruskan pengajiannya di rumahnya..setelah itu,,dia membawa sy ke Madrasah An Nur di Pantai Dalam bg meneruskan majlis ilmu pd hari tersebut...
Ustaz Azhar Hasyim Al Hadrami


setelah tiba di sana,,ak melihat Habib ALi sdgn mngajar di hadapan,,masya Allah,,ak bersyukur kerana sekali lg allah mengaturkan pertemuanku dgnnya..pd hari itu,,aku berasa amt hampir dgn habib ali...

setelah selesai pgajian dn solat jemaah ,, kami menjamu selera..beberapa minit kemudian ,ustaz azhar memanggil sy utk berbincang bersama Habib Ali tntg jemputan ke Smkakl..setelah berbincang bersamanya dan ustaz azhar,,habib bersetuju utk mengadakan program di smkakl...aku berasa amat gembira dan amat bersyukur kpd allah kerana akhirnya allah mengkabulkan doa ku utk menjemput habib Ali ke SMKAKL..

setelah itu,,aku sering berhubung dgnnya tntg majlis yg akn diadakan itu,,aku berasa amat hampir dgnnya kerana sering berurusan dgnnya...aku trgt pglmnku ketika di Masjid AL BUKHARY tempoh hr..dulu ak berassa agak mustahil utk berhubung dgnnya,,namun kini,,impian ku menjadi realiti apabila di bersetuju utk mgadakan mjlis di SMKAKl..akhirnya,,impianku menjadi kenyataan...Alhamdulillah...semoga pelajar2 dpt memanfaatkan setiap detik bersama Habib Ali dan Ustaz Azhar bagi menjadikan diri kita sbgai hamba yg taat kpd Allah..Barakallah Fik..

Jadi kepada semua ikhwan anda dijemput utk menghadiri Progam Rejab,Sya'ban di Halaman Sunnah bertempat di SMKAKL pada 12 Julai 2011..Ustaz Adzhar dan Habib Ali Zainal Abidin akan memeriahkan majlis ini...
Tentatif Program : 7.30 - Solat Maghrib Berjemaah

                                    - Bacaan Maulid oleh Habib Ali dan Ustaz Adzhar
                                    - Bacaan Al Quran oleh pelajar
                                    -Bacaan Qasidah 1 oleh pihak Habib Ali
                                    - Tausiyyah drpd Ustaz Azhar
                                    - Bacaan Qasidah 2 oleh pelajar
                                    -Tausiyyah drpd Habib Ali Zainal Abidin
                                   -Solat Isya' Berjemaah

                                  10.30 - Bersurai
                                 - Jamuan ringan


Sunday, July 3, 2011

Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid

A. 1974 – 1992

Beliau dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso, Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2 perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa buah pondok pesantren di situ. Sewaktu membesar, beliau berguru dengan:
1. Ustadz Hasan Baharom
2. Ustadz Soleh Bal As'ad
3. Ustadz Abdul Hamid
4. Ustadz Soleh Bin Agil
5. Ustadz Ahmad Barakwan
6. Ustadz Husin Bin Abu Bakar
dan ramai lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam bidang agama.

B. 1993 – 1995

Pada usia beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid, dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di Hadhramaut, beliau berguru dengan:
1. Al Habib Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
2. Al Habib Ali Masyhur
3. Al Habib Salim As Syatiri
4. Al Habib Hasan As Syatiri
5. Al Habib Abdullah Bin Syihab
6. Al Habib Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
7. Al Habib Abdullah bin Syeikh Al Idrus
8. Syeikh Fadal Ba Fadal
9. Al Habib Musa Al Kazim As Saqqaf
10. Syeikh Umar Husain Al Khatib
11. Syeikh Umar Abu Bakar Al Khatib
12. Al Habib Ali Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al Habib Umar bin Hafidz.

C.1996 – 2001

Selepas pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5 tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad Jawish
3. Dr. Ali Jum'ah
4. Dr. Muhammad Jibril
Di sini juga beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.

D.2002 – SEKARANG

Setelah menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah. Dalam tahun 2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan dengan 3 orang puteri.
Setelah selesai kuliahnya di peringkat sarjana (masters), beliau sekarang sedang giat berusaha menyempurnakan doktor falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.

E. DARUL MURTADZA

Dalam tahun 2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih. Alhamdulillah, sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana akhlak dan adab beliau yang mulia.

Email: darulmurtadza@gmail.com
Facebook: Darul Murtadza
Facebook Page: Majlis Ta'lim Darul Murtadza
Blog: http://darulmurtadza.blogspot.com/
Livestreaming: http://www.ustream.tv/channel/majlis-ta-lim-darul-murtadza