Insya Allah wa biznillah saya akan berkongsi dengan anda semua tentang Tafsir Surah Al Waqiah yang dibahaskan oleh habibuna Ali Zaenal Abidin B Abu Bakar Al Hamid di Masjid Taman TAR,Ampang pada setiap hari selasa kuliah dhuha yg bertempat di sana .. semoga allah memberkati ilmuNYA yang kita sedang pelajari ini ..
|
Habib Umar bersama Habib Ali Zaenal Abidin |
Tafsir Surah Al Waqiah
-Surah ini diturunkan di Mekah Al Mukaramah. Yang diturunkan di sana kepada rasulluah SAW untuk menyelesaikan dan memantapkan masalah aqidah dan iman.
kebanyakan ketika di mekah sebelum hijriah adalah kufur kepada allah .
Jadi surah ini yang banyak menyentuh dan menceritakan tentang hari kiamat mengambil perhatian kepada kaum2 musyrikin untuk beriman kepada Allah .
Antara fadhilat surah Al Waqiah ialah seperti yang disabdakan oleh Rasulullah SAW .
-Man qara’a suratal-Waqi’ati kulla lailatil lam tusibhu faqah, wa suratul-Waqi’ati suratul-gina faqra’uha wa ’allimuha aulada-kum.
Maksudnya :-
“Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah tiap malam, maka tidak akan menimpa kepadanya kepapaan. Dan surat Al-Waqi’ah adalah surat kaya, maka bacalah dan ajarkanlah kepada anak-anak kamu.”
Rasulullah SAW bersabda agar mengajarkan kepada anak-anak kamu tiga perkara :-
1. Cinta kepada Nabi
2. Cinta kepada Ahli Bait ( keluarga nabi saw )
3. Ajarkan kepada mereka Al quran
kata Al Habib memberi nama yang baik kepada anak2 akan mempengaruhi akan nama itu ketika ia meningkat dewasa nanti .
Ada sebuah kisah , sebelum memeluk islam ada seorang badwi memberi nama anak mereka الأسد (singa) , نمر (harimau), عرس ( musang) dan lain2 kerana pada nama itu terdapat sifat2 keberanian .
menjadi kebiasaan orang2 badwi dahulu memberi nama2 yang maksudnya berani kepada anak-anak mereka agar menjadi seperti sifat2 haiwan itu agar berani , kuat , gagah dan sebagainya..
sebaliknya mereka memberi nama2 yg santun kepada hamba2 mereka dan mempunyai maksud yang lemah lembut seperti لطيف (lemah lembut) agar sifat lemah lembut itu terkesan dengan keperibadiannya hamba itu dan tidak akan membantah kepada tuannya..
Pemberian nama2 haiwan yang gagah yang diberi kepada anak2 badwi itu telah menyebabkan orang kampung telah mengenali rumah itu dengan 'حديقة الحيوانات' ( zoo) .
Pada ketika itu ramai yang curiga dengan si badwi itu , mereka ingin menguji dan melihat sendiri akan apa yg ada si dalam rumah si badwi itu kerana terlah tersebar di seluruh kampung bahawa di dalamnya terdapat anak-anak yg berani dan gagah.
Maka ada seseorang telah datang mengetuk pintu rumah si badwi itu utk meminta air minuman kerana kehausan. Maka si badwi itu telah mengetahui bahawa ramai yg ingin menguji apa yg ada didalam rumahnya maka dia berkata ' engkau jangan mempermainkan aku ' kepada pemuda itu.
Maka kata2 si badwi itu telah didengari oleh anak2 mereka . mereka faham apa yg dicakapkan oleh ibunya lalu mereka (asad,namr dan lain2 ) keluar dengan keadaan garang. lalu pemuda itu sedar bahawa mmg di situ patut digelari dengan 'zoo' kerana terdapat anak-anak yg berani dan gagah .
Oleh itu , pemberian nama yg baik kepada anak akan terkesan juga akhlak yg baik selari dengan nama yg indah.
Ada sebuah qisah seorang pemuda yang bernama حزن (sedih ) , sepanjang hidupnya dia sentiasa sedih . namun setelah perkara ini telah diketahui oleh Rasulullah SAW , beliau menukar nama pemuda itu kepada سهل (mudah) .. lalu setelah itu , sepanjang hidup pemuda itu mudah dan dalam kegirangan. inilah kesan drpd nama2 yg baik.
Kata al habib kekayaan ada dua . 1 ) Harta
2) Jiwa
kaya jiwa ialah lebih baik berbanding kayanya harta..bukanlah kekayaan itu pada harta tetapi kekayaan itu pada jiwa.
Kekayaan pada jiwa akan menyebabkan seseorang itu berasa cukup dengan apa yg ada padanya.
Ada sebuah kisah , seorang raja sedang berburu di dalam hutan bersama pengawal-pengawalnya lalu terlihat seorang pemuda yg berda di tepi sungai yang meminum air sungai dan seekor ikan lalu berkata dengan sekuat hatinya 'Alhamdulillah , sega puji bagi engkau yg mengurniakan nikmat terbesar kepada ku '
Raja itu kehairanan , baru minum air sungai dan seekor ikan sudah dikatakan nikmat terbesar ??
syuf , lihatlah seorang pemuda yg kaya jiwanya akan sentiasa bersuyukur kepada allah walaupun nikmat itu hanya sedikit dipandang manusia namun besar disisi pemuda itu.
Raja yang kaya-raya itupun tidak pernah berasa cukup atas nikmat2 kekayaan yang dikurniakannya..
itulah kesan kekayaan jiwa yg ada dlm diri kita.
Ada seorang sahabat bertanya : 'Ya rasulullah , apakah amalan yg akan dicintai allah swt dan rasulnya ?
maka jawab rasulullah : ' Hiduplah kamu dengan zuhud ,maka kamu akan disayangi allah , zuhudlah kamu dengan apa yg dimilik oleh orang lain ,akan disayangi manusia '
hadis ini jelas menunjukkan kepentingan zuhud di dunia dan berasa qana'ah(cukup dgn apa yg ada) akan mendapat cinta drpd allah dan manusia2 yang lain.
Jadi Surah Al Waqiaah merangkumi kekayaan jiwa dan harta .
Al Habib menyarankan kita agar membaca surah al waqiaah selepas asar pada setiap hari dengan menghayati maksudnya.
Habib juga menyatakan pada waktu subuh adanya rezeki ma'nawi yakni rezeki yang kita tidak nampak .
manakala waktu asar pula adanya rezeki hissi yakni rezeki yang kita nampak.
oleh itu sebaiknya bacalah surah waqiah selepas asar dan insya allah akand diganjar oleh allah swt rezeki yg melimpah luas.
Rasulullah bersabda : ' Yang emutihkan rambutku (uban) ialah bacaan surah hud dan al waqiah '
-Surah Al Waqiah menceritakna tentang hari kiamat , oleh itu setiap kali rasulullah membacanya dia berasa takut dan menyebabkan membayangkan keadaan itu sehingga menyebabkan muncul uban2 kerana terlalu takut akan azab allah d hari kiamat.
Ayat pertama
[1] 'apabila berlaku hari kiamat itu'
AL WAQIAAH pada bahasa bermaksud 'yang terjadi'.
kerana kejadian hari kiamat itu pasti terjadi dan tak mungikn tidak terjadi dan disokong oleh ayat ke 2
[2]
Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya.
ayat kedua menguatkan ayat pertama . Al habib memberikan cth ayat :- 'Imam Masjid akan datang , dan tidak mungkin imam masjid itu tak akan datang '
sperti itu juga tentang berlakunya hari kiamat.
[3]
Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat).
ayat ketiga menjelaskan bahawa pada hari kiamat itu , orang yg taat akan diangkat tinggi darjatnya dan orang yg mungkar akan direndahkan darjatnya.
Orang yang beriman , dari detik dia keluar dari kubur akan dibimbing sehinnga ke syurga.
Manakala org yang tidak beriman , dari detik leuar dari kubur akan dibimbing ke neraka.
seperti sabda Nabi SAW :-
' Man tawadha'a rafa'allah '
[barangsiapa yang tawadhu(taat kpd allah) akan ditinggikan darjat oleh allah .
Habib Ali meceritakan kisah saidina bilal dan abu dzar yang sedang berkelahi antara satu sama lain.
Abu Dzar daripada qabilah yg masyhur telah berkata kepada bilal bin rabah yg berasal daripada kaum kulit hitam dengan ' Ya Ibnu Sauda' ' (wahai anak orang hitam) .dan membuatkan bilal berasa kecil hati.
walaupun benar bilal itu drpd kalangan org kulit hitam , tetapi kata2 abu dzar yang memarahi bilal itu telah menyedihkan bilal bin rabah.
perkara itu disedari oleh rasulullah saw dan menegur kepada Abu Dzar . Aku lihat pada kamu terdapat sedikit sifat2 drpd kaum musyrikrin . Maka buanglah sifat keji itu drpd kamu '
Abu Dzar seorang sahabat nabi yg unggul , selalu berda bersama nabi dan selalu ke masjid nabi utk menuntut ilmu drpd nabi SAW akhirnya tersedar dengan kesalahannyan dengan teguran dripada nabi SAW dengna penuh hikmah.
Lalu AbuDzar kata kepada nfsunya ; ' Wahai nafsu , nah rasakanlah kamu berada di bawah telapak kaki seorang anak kulit hitam '
walaupun ditolak oleh Bilal dan dimaafkan namun Abu Dzar masih bertegas untuk mengajar hawa nafsunya yang menghasutnya , dan akhirnya bilal melakukan perkara itu dalam keadaan terpaksa. inilah didikan manhaj Nabi SAW .
|
Habibuna Ali Zaenal Abidin |
Allah juga pernah bersumpah dengan hawa nafsu dengan sumpah seluruh alam dan makhluk di dalam surah Syams
Demi matahari dan cahayanya yang terang-benderang;
Dan bulan apabila ia mengiringinya;
Dan siang apabila ia memperlihatkannya dengan jelas nyata;
Dan malam apabila ia menyelubunginya (dengan gelap- gelita),
Demi langit dan Yang membinanya (dalam bentuk yang kuat kukuh - yang melambangkan kekuasaanNya)
Serta bumi dan Yang menghamparkannya (untuk kemudahan makhluk-makhlukNya);
DAN ALLAH SWT berfirman :-
Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya);
dalam ayat ini allah telah bersumpah dengan matahari dan pasangannya ,siang dan pasangannya malam ,langit dan pasangannya bumi , dan sumpah dengan nafsu tanpa pasangannya . ini menunjukkan betapa kuatnya dorongan hawa nafsu dan berjaya lah siapa yg mensucikannya dengan firman Allah :-
[maka berjayalah orang yg mensucikan dirinya(hawa nafsu)
Habib Ali Zaenal telah berkata :
-Apabila lihat kepada orang yg lebih tua , ingatlah dia berbuat taat dahulu daripada kita , hinanya kita
-Apabila lihat kepada orang yang lebih muda, ingatlah kita lebih tua drpd meraka dan banyak maksiat berbanding mereka, hinanya kita
-Apabila lihat kepada orang kufur , ingatlah kalau dia dapat hidayah allah , belum tentu kita lebih mulia daripadanya , hinanya kita.
Tafsir ayat ke 4
(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebebar-benar goncangan.
Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya,
pada ayat kelima , Habib Ali menceritakan bahawa di hari akhirat kelak kita akan melalui 50 stesen sbelum ke syurga / neraka .. iaitu proses penghisaban . setiap stesen mengambil masa seribu tahun , 50 stesen jadi 50 000 tahun untuk melalui proses2 itu .. 1 hari di dunia bersamaan seribu tahun akhirat.. Masya Allah bayangkanlah betapa lamanya proses penghisaban kita di sana..
Namun Habib juga menyatakan ada orang yang lalui semua itu 1 saat shj dan msuk syurga tanpa hisab itu semua bergantung kepada amalm dan rahmat allah.
Wallahua'lam insya allah akan sambung pada post yg akan datang.
-Muhamad Izzat Bin Ziad
[doakan saya menjadi hamba yg mencintai allah dan rasulnya sepnuh jiwa raga saya]
Jazakumullah kahiran katsiran