BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, March 10, 2012

TAUSIYYAH DI MAJLIS MAHABBAH RASULULLAH SAW DI SMKAKL BERSAMA HABIB ALI ZAENAL ABIDIN DAN USTAZ AZAHAR HASYIM



assalamualaikum :)

alhamdulillah,,pada 7 Mac 2012 yang lepas,Majlis Mahabbah Rasulullah saw telah berjaya dijalankan. Semoga segala usaha yang dilaksanakan dalam memupuk kecintaan terhadap Allah dan Rasulullah saw ini mendapat rahmat dan manfaat.

Dan pada hari tersebut,saya alhamdulillah sempat bersama-sama jemaah yang lain untuk bermaulid,berqasidah dan mendengar tausiyyah daripada AlHabib Zainal Abidin dan Ustaz Adzhar Hasyim.

Melalui tausiyyah yang disampaikan maka saya sempatlah mencatat sedikit sebanyak ilmu yang disampaikan oleh kedua-dua guru itu tadi.

Tausiyyah daripada Ustaz Adzhar Hasyim :

     Beliau menyatakan bahawa majlis zikrullah merupakan majlis yang sangat dicintai Allah dan Rasul saw dan beliau berkata bahawa tiada yang lebih dari kehidupan kita melainkan untuk meletakkan diri kita dalam kecintaan terhadapAllah dan Rasulnya Muhammad saw.Semuga kita semua mendapat nafahat Allah (yakni pemberian dan anugerah daripada Alllah.)dan sesungguhnya majlis yang dijalankan malam ini seumpamanya merupakan dan menjadi persediaan kita dalam mendapatkan nafahat Allah.

     Sementara kita berada dalam majlis seumpama ini,jutaan umat Islam sedang berada dalamkemaksiatan dan kemurkaan Allah.Dan Allah dengan sifat iradat dan kasih sayang Allah sejak azali lagi telah menentukan kita untuk berada dalam majlis seumpama ini dalam erti kata lain Allah berkehendakkan kebaikan untuk kita . Dan apabila Allah telah menganugerahkkan kebaikan yang besar kepada kita,maka janganlah sekali-kali kita hilangkan anugerah Allah ini.Hal ini semata-mata demi mencapai keredhaan Allah dan kasih sayang Rasulullah saw.

    Akhir2 ini,umat Islam sudah jah dari kasih Allahh dan Rasul dan sunnah nabi saw.Ada umat yang mengaku cinta Allah dan Rasul serta mengaku sebagai umat Muhammad saw tapi mereka menghalang kita untuk membuat maulid memuji nabi kerana pada mereka perbuatan ini seperti menyerupai perbuatan orang kristian yang memuji nabi mereka serta merupakan perbuatan bid'ah.

       Allah berfirman dalam surah AtTaubah (ayat 24):
"Katakanlah jika bapamu,anakmu,saudaramu,isterimu,keluargamu dan harta kekayaan yang kamu peroleh,serta perniagaan yang kamu khuatiri kerugian dan tempat tinggal yang kamu sukai lebih kamu cinta daripada Allah san rasulullah dan jihad fisabilillah,maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya.Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasiq"

Dan 8 perkara ini jika kita cintai lebih dari Allah,rasul,jihad fisabilillah,maka kita termasuk dalam golongan orang yang fasiq.dan ketahuilah bahawa fasiq adalah dosa besar.

     Cinta yang kita nak cari sebenarnya ialah kecintaan tyerhadap Allah dan rasulullah saw.Bagaimana nak letak kecintaan kepada Allah dan rasul ?

"Katakan Ya Muhammadjika kamu cinta kepada Allah maka ikutlah olehmu Nabi Muhammad,nesccaya engkau akan dapat kasih sayang daripada Allah"

Syeikh Muhammad Hariri dalam kuliah subuhnya berkata " Tiada jalan lain uintuk sampai kepada Allah melainkan melalui nabi kita Muhammad saw "

Allah memandang kita dengan pandangan rahmatNya melalui dalil
     " Sesungguhnya umat Muhamad semuanya akan masuk ke syurga bahkan terdapat 4 golongan umat Muhammad yang akan masuk ke syurga tanpa hisab iaitu :-
        1) Orang yang berjihad fisabilillah
        2) Orang mendapat haji mabrur
        3)Orang yang pemurah(infaq harta ke jalan Allah)
        4) Ulama' yang menegakkan jalan Allah dan mendidik masyarakat ke jalan Allah

Maka berebutlah 3 golongan kecuali ulama' yang hanya mendiamkan diri kerana berbalah untuk masuk syurga dahulu.Dan Allah telah mengutuskan Jibril untuk menjadi hakim bagi mengadili  perkara tersebut.

Jibril     : Mengapakah kamu mahu masuk syurga dahulu?
Gol. 1   : Aku telah berjihad di jalan Allah.Aku bermati-matian dan mengorbankan nyawa sendiri dmi   
             menegakkan agama Allah.
Jibril     :Maka dari mana kamu mengetahui bahawa golongan orang yang berjihad fisaabilillah ini akan 
            masuk ke syurga tanpa hisab ?
G0l 1   :Dari golongan ulama' , Jibril.
Jibril     : Maka jagalah adabmu kerana ulam' nilah yang patut masuk syurga dahulu kerana jasanya.


Jibril    :Mengapakah kamu mahu masuk syurga dahulu?
Gol 2  :kerana aku telah beroleh haji mabrur.Aku meengerjakan haji dengan rasa khusyuk dan bersungguh 
           - sungguh
Jibril    :Maka dari mana kamu mengetahui bahawa golongan orang yang mendapat haji mabrur ini akan 
            masuk ke syurga tanpa hisab ?
Gol 2  :Dari golongan ulama' , Jibril.
Jibril    :Maka jagalah adabmu kerana ulam' nilah yang patut masuk syurga dahulu kerana jasanya.


Jibril   :Mengapakah kamu mahu masuk syurga dahulu?
Gol 3  :Kerana aku telah mengorbankan harta-hartaku untuk diinfaqkan ke jalan Allah demi menegakkan  
           agama Allah.
Jibril   :Maka dari mana kamu mengetahui bahawa golongan orang yang pemurah ini akan 
           masuk ke syurga tanpa hisab ?
Gol 3  :Dari golongan ulama' , Jibril.
Jibril    :Maka jagalah adabmu kerana ulam' nilah yang patut masuk syurga dahulu kerana jasanya.

Mka sebelum Jibril sempat bertanya kepada golongan ulama',ulama' pun terus berkata : Wahai Jibril,masukkan golongan pemurah ini ke syurga dahulu kerana tanpa mereka,kami tiada keperluan untuk menimba ilmu,membeli kitab,pen dan keperluan lain. "


Masya Allah,inilah golongan ulama' yang kita perlukan mengorbanklan diri semata-mata demi kepentingan orang lain :)

dan pada akhir kata , Ustaz Adzhar ada berpesan bahawa fitnah akhir zaman akan keluar daripada ulama' dan fitnah tersebut akan berbalik kepada ulama' kembali !

Tausiyyah dari AlHabib Zainal Abidin :

Habib Ali menyatakan bahawa amalan saling mengingati hanya diambil manfaat oleh orang2 beriman . Sesiapa yang mengambil manfaat dari tazkirah dan peringatan,Allah akan menyaksikannya sebagai orang yang beriman.

" Berilah peringatan,maka sesungguhnya peringatan intu amat bermanfaat kepada org2 beriman "

     Tajuk pada malamini ialah usia muda maka Habib Ali menyatakaan bahawa setiap umur manusia akan ada penghujung.Allah banyak mengingatkan  manusia tentang umur dan masa.Di luhmafuz,umur kita dikira semakin berkurang.Ramai orang yang telah rugi kerana tidak menggunakan umur dengan baik.Orang2 yang tidak rugi ialah orang yang beriman,beramal soleh dan berpesan2 tentang kebenaran dan kesabaran . 

      Imam Syafie berkata bahawa jika AlQuran diturunkan dengan surah al-asr pun sudah cukup untuk memberitahu tujuan manusia hidup di dunia dan tentang umur manusia  .

     " Ketika mereka merayu2 untuk dikembalikan ke dunia untuk beribadahkepada Allah,maka Allah menjawab (tentang perihal umur) Bukaankan aku telah menberikan kamu umur untuk taat kepada aku.Sepatutnya kamu sedar kerana telah datang peringatan kepadam berupa peringatan dan rasul"

(alAnkabut)

        Andai usia muda boleh kembali kepadaku sehingga aku boleh beritahu kepada usia muda tentang apa yang berlaku di usia tua .

(Pepatah orang tua)

" Tidak berganjak kaki manusia di padang mahsyar kecuali setelah ditanya tentang 4 perkara iaitu :  
-apa yang dilakukan dengan umurnya
-apa yang dilakukan dengan usia remaja
-apa yang dilakukan dengan hartanya.kemana dibelanjakan
-apa yang dilakukan dengan ilmunya "

(Maksud Hadis)   

      Buah ketika di usia tua merupakan benih yang ditanam di usia muda.Remaja generasi pembawa keamanan sejagat.Apa tugas mereka di masa hadapan adalah melihat berdasarkan iman mereka di usia muda.Usia remaja merupakan usia terpenting dalam hidup manusia .Kepentinga usia remaja/muda itu jelas apabiloa Allah berfirman tentang pemuda ashabul kahfi :

" Kami ceritakan kepadamu tentang pemuda yang beriman dan kami berikan hidayah kepada mereka "
(surah AlKahfi)

dalam ayat ini,Allah menekankan perkataan pemuda yang beriman.yang menunjukkan bahawa usia pemuda amat penting.Mengapa Allah tidak menggunakan istilah orang2 beriman ? kerana Allah mahu menunjukkan bahawa usia muda merupakan satu usia yang penting dan bagi pemuda yang beriman,Allah akan berikan hidayah dan pelihara mereka.Pemuda2 yang berketurunan raja yang melarikan diri dari kaum mereka yang menyembah selain Allah.Mereka memohon pertolonganAllah dan ternyata Allah memelihara pemuda2 yang telah lari tanpa membawa harta dan kekayaan itu tetapi membawa agama Allah bersama.

          Dalam ayat yang seterusnya dalamsurah AlKahfi Allah menceritakan bagaimana matahari trbit dan terbenam. pancaran itu menjauhi dari mengena pada mereka kerana Allah memelihara diri mereka dari terbakar dek terkena pancaran matahari jika matahari itu terus mengea mereka selama tempoh 309 thun yang mereka tidur .Allah juga memelhara mereka dengan membalik-balikkan tempat tidur mereka ke kanan dan ke kiri di atas tanah itu kerana jika mereka terus kekal dengan posisi tidur mereka badan mmanusia yang berunsur tanah mungkin akan bersatu dengan tanah gua tempat tidur mereka.lihatlah,masyaAllah betapa Allah menjaga pemuda2 beriman ini dengan baik sekali .

      Rasulullah saw telah mengajarseorang budak 10 tahun : 

"Wahai anak kecil,aku ajarkan mu kalimat(nasihat) :
       1) Jagalah Allah,nescaya Allah akan menjagamu
       2) Jagalah Allah,nescaya akan kamu dapati Allah di hadapan kamu "

Melalui kisah ini kita  dapat lihat betapa Rasulullah telah menekan kan bab iman sejak manusia itu kecil atau berusia muda lagi.

Setiap remaja perlu mempunyai atau melalui 3 peringkat tarbiyyah :

Tarbiyyah imaniyyah (Pendidikan iman)

Ini boleh kita ambil dari kisah luqmanulhakim yang menasihati anaknya yang diceritakan dalam AlQuran :
"Wahai anakku,janganlah mensyirikkan Allah kerana apa sahaja yang kamu perbuat walau sekecil biji sawi pun dan walau tersimpan dibalik batu besar,di padang ,bumi ,langit,atau di mana sekalipun,nescaya Allah akan datangkan kepadamu perbuatan yang ansda lakukan"

Tarbiyyah Fikriyyah (Pendidikan pemikiran sihat/akal)

Tarbiyyah yang mendidik akal manusia untuk 

mendahulukan taat berbaanding maksiat
mendahulukan baik berbaanding buruk
mendahulukan hak berbaanding batil
mendahulukan manfaat berbaanding mudharat
mendahulukan kekal berbaanding tidak kekal/sementara

Tarbiyyah sulukiyyah (Pendidikan akhlak/perbuatan)

Luqman berkata : Seseorang yan terdidik iman dan akal tidak akan berjalan sombong dan tidak bongkak apabila berjalan di atas muka bumi.

Mendidik dirinya agar berakhlak untuk berakhlak kepada org yg tidak berakhlak
Mendidik dirinya agar berakhlak untuk berbudi kpd org yg m,encaci

________________________

Ketahuilah bahawa manusia dicaampak kedalam neraka melalui kepala dahulu kerana mulutnya !

Ingatlah bahawa tidak akan berkata seseorang itu sepatah perkataan melainkan ada raqib dan atid yg mencatitkannya.

Ketahuilah bahawa 2 perkara yg paling banyak menghumbankan manusia ke dalm neraka ialah :
 1) Al-lisan (lidah)
 2) Al-Faraj (Kemaluan)

Ketahuilah bahawa 2 perkara yg paling banyak memasukkan manusia ke syurga ialah :
 1)Taqwa kepada Allah
 2)Akhlak yang baik

Dan pada akhir katanya , Habib Ali mengingatkan kita untuk berfikir berapa banyakkahumurkita yg kita gunakan untuk mengabdikan diri kepada Allah ?



kREDIT TO :http://www.merongmahahani.blogspot.com/

0 comments: