BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Saturday, December 18, 2010

Perkongsian: Illuminati? Freemason? Paranoid? -

insya allah kali ini saya akan berkongsi sedikit dengan rakan2 berkaitan dengan tajuk di atas illuminati ? freemason ? paranoid ?..utk pengetahuan saya share drpd hilal asyraf..pejuang penulisan yang terkenal..semoga allah merahmati usaha beliau...

Jahiliyyah itu lebih besar daripada Illuminati&Freemason. ~ picture by Samanprox of Deviant Art.
jahiliyah itu lebih besar daripada illuminati dan freemason

Kebelakangan ini, pengetahuan berkenaan Illuminati dan Freemason seakan-akan meledak ke dalam pengetahuan sebahagian besar kita. Lebih-lebih lagi selepas kemunculan rancangan The Arrivals yang popular di internet tidak lama dahulu.
Awalnya, saya nampak positif apabila semua jadi peka dengan pergerakan jahiliyyah. Nampak apabila semua mula sensitif dengan anasir-anasir jahiliyyah yang menular ke dalam kehidupan masyarakat, saya jadi rasa senang hati dengan perkembangan ini.
Tetapi akhirnya saya melihat keanehan dalam perkara ini.
Manusia mula paranoid. Paranoia adalah perkataan Greek, yang membawa maksud Madness atau kegilaan.
Ya. Paranoid. Sehingga akhirnya saya melihat, ia memberikan impak buruk atau fitnah kepada pergerakan dakwah, pada mereka yang menyeru kepada kebenaran.
Di sini, saya mengajak kita duduk sebentar, memandang realiti dan bermuhasabah.
Mesej-mesej itu
Saya tertarik dengan beberapa mesej yang mengaitkan Justin Bieber, Lady Gaga dengan pergerakan Illuminati dan Freemason. Tidak terlepas juga mesej berkenaan ‘jangan pakai iPhone 4G’ kerana dikatakan bahawa I di situ adalah untuk Israel dan 4G dikaitkan dengan Gold, Glory, God, Girl. Juga mesej berkenaan Upin dan Ipin yang dikatakan bahawa itu juga agenda Yahudi apabila dikatakan Upin dan Ipin ini dalam bahasa sekian-sekian membawa maksud kepada Israel dan benci Rasul. Dikaitkan juga huruf U dan I pada baju mereka adalah USA dan Israel.
Mesej-mesej begini, disebarkan dengan padanan ayat-ayat seperti berikut:
“Pengumuman, untuk mereka yang sayangkan Islam, ini adalah satu penemuan baru….”
“Perhatian, jika kamu semua sayangkan Allah dan Rasulullah, ini adalah hakikat agenda musuh-mush kita…”
“Kalau kita sayangkan Islam, maka janganlah meminati….”
Baik. Izinkan saya cakap satu perkara.
Ini adalah satu bentuk Paranoid.
Sampaikan ada yang tidak faham Islam membacanya, dan berkata: “Gila ke?” dan yang faham Islam rasa ‘tercalar’ kerana bukan begitu sebenarnya yang patut dilakukan sekiranya benar hendak menyebar luas Islam. Tercalar kerana, mesej-mesej begini hanya menimbulkan fitnah kepada cara pergerakan Islam yang syumul dan berteraskan kebenaran yang hak.
Freemason, Illuminati, dan paranoid kita terhadapnya.
Saya suka kita mengkaji. Tetapi kita juga perlu faham bahawa sumber bahan kajian kita adalah sesuatu yang patut kita perhatikan juga. Hatta The Arrivals yang memberikan impak kepada ramai itu juga masih banyak perkara yang patut diperbahaskan, apatah lagi sekadar mesej-mesej rantaian seperti di atas.
Impak buruk daripada paranoid terhadap Freemason dan Illuminati ini adalah, kita membina formula seperti berikut: Jahiliyyah itu adalah Freemason dan Illuminati.
Apakah kerosakan yang dibawa formula ini?
Kita memagari jahiliyyah itu hanya pada Freemason dan Illuminati. Lebih buruk, apa-apa sahaja tanda yang ‘memungkinkan’ itu adalah golongan Freemason dan Illuminati, itu adalah jahiliyyah untuk kita.
Maka terjadilah paranoid seperti mesej-mesej tadi. Yang kita jadi sensitif adalah kepada lambang-lambang Illuminati&Freemason yang mungkin terpampang di mana-mana. Hatta lambang Awakening Records(Syarikat rakaman untuk Sami Yusuf dan Maher Zain) yang berbentuk Piramid pun habis dibantainya sebagai Freemason&Illuminati. Lihatlah sejauh mana kegilaan ini pergi. Nanti selepas ini kalau lambang-lambang itu muncul pada sesiapa sahaja, terus dicop sahaja agen yahudi dan sebagainya tanpa usul periksa.
Kita terlalu paranoid hingga kita nampak bahawa kita perlu membuang agen-agen Illuminati&Freemason, tetapi kita tidak pula membuang jahiliyyah yang lain. Boikot Lady Gaga dan Justin Bieber, tetapi tetap juga meminati dan mencintai selebriti jahiliyyah yang lain. Sibuk dengan Upin dan Ipin kerana apa yang dituduh pada mereka, tetapi tetap lalai dengan kartun-kartun dan anime jahiliyyah lain.
Sedangkan sebenarnya, formula yang patut kita pandang adalah seperti berikut: Freemason&Illuminati adalah sebahagian daripada jahiliyyah. Kita yang faham Islam yang sebenar, faham bahawa kita adalah hamba Allah SWT, sepatutnya menolak SEMUA jahiliyyah, bukan sekadar freemason&illuminati yang merupakan hanya sebahagian daripada jahiliyyah.
Jahiliyyah itu lebih besar. Paranoid kita merencatkan perjuangan.
Kita memberikan perhatian yang besar kepada Freemason&Illuminati kerana kita melihat bagaimana mereka berjaya ‘menyelimuti’ dunia daripada rancangan seperti The Arrivals. Menyebabkan kononnya, dengan kita berjuang menentang Freemason&Illuminati, kita telah menyekat mereka dan menyelamatkan dunia.
Hakikatnya, jahiliyyah itu lebih besar daripada Freemason&Illuminati. Jahiliyyah itulah yang sebenarnya menyelimuti dunia. Menumbangkan Freemason&Illuminati tidak bermakna menumbangkan jahiliyyah itu sendiri. Sibuk menyelongkar rahsia-rahsia Freemason&Illuminati tidak memberikan kemenangan kepada kita. Sibuk menghantar mesej untuk tidak menyokong si fulan bin si fulan agen Freemason&Illuminati tidak akan memberikan kemenangan kepada kita.
Paranoid tadi bahkan merencatkan perjuangan.
Itu Illuminati, itu Freemason, itu Yahudi, itu Israel, itu Amerika. Habis semuanya kita tuding. Kita sibuk dengan perkara yang tidak penting. Kita sibuk dengan perkara yang memang kita tidak mampu berkuasa ke atasnya. Akhirnya kita melupakan kerja-kerja kita yang sebenarnya. Pernahkah kita tanya, apa kita dapat selepas: “Wah, ini semua Freemason rupanya ya?” Selepas itu apa?
Kita tidak sibuk membina ummah menumbangkan jahiliyyah. Kita sibuk menyelongkar Freemason&Illuminati semata-mata.
Sebenarnya, pendapat saya, apabila kita sibuk-sibukkan diri kita dengan Illuminati&Freemason ini, hakikatnya jahiliyyah telah berjaya. Sebab menyibukkan diri kita dalam konspirasi mereka, tidak akan pernah mampu memenangkan kita. Sedang jahiliyyah terus maju merosakkan masyarakat kita, kita sibuk berlari dalam bulatan yang tiada henti.
Tetapi, kalau memandang dengan pandangan yang lebih besar.
Tetapi sekiranya memandang dengan pandangan yang lebih besar, sesuatu yang berbeza akan berlaku. Kembali kepada usul. Apakah usul kepada kebaikan?
Apa yang Allah nyatakan kebaikan, itulah dia baik.
Apakah usul kepada keburukan?
Apa yang Allah nyatakan sebagai buruk, itulah dia keburukan.
Sekiranya kita memahami perkara itu, seluruh jahiliyyah, sama ada Freemason&Illuminati atau tidak, semua akan kita tolak. Kita tidak akan pilih-pilih: “Oh, itu bukan Freemason punya orang, kita boleh ikutlah.”
Kita tidak akan pernah paranoid. Menimbulkan mesej-mesej itu dan ini yang bukan-bukan. Sampai segala huruf I adalah Israel, segala huruf U adalah USA, segala segi tiga adalah Freemason, segala kotak hitam putih adalah Illuminati dan sebagainya. Kita akan ada satu pemikiran yang bersih, dalam berhadapan dengan jahiliyyah yang besar itu.
Kita faham apakah yang patutnya kita lakukan. Pertama bermula dengan diri, kemudian orang yang hampir sekeliling kita, seterusnya kepada masyarakat. Mengajak semua menjalani kembali proses Tarbiyah Islamiyyah sebagaimana Rasulullah SAW memproses semula sahabat-sahabatnya daripada karat-karat jahiliyyah.
Kembali kepada masdar, Al-Quran dan As-Sunnah. Kembali kepada Usul. Mengambil Islam secara total, dan menolak jahiliyyah secara total.
Kamu patut belajar daripada Illuminati dan Freemason
Semata-mata bising tak akan mengubah apa-apa. Belajarlah daripada apa yang kamu tengok dalam The Arrivals. Kalau kamu percaya dengan semua konspirasi yang dinyatakan, walaupun saya tak akan kata semua itu betul, tetapi apa yang saya dapat adalah kehalusan pergerakan Illuminati dan Freemason.
Bagaimana mereka, mempelbagaikan taktik mereka, dan yang menariknya, semua taktik mereka adalah halus. Mereka tidak hanya menyalak-nyalak - Tinggalkan Islam, Jangan Beriman Kepada Allah, Islam Tidak Lagi Relevan, Marilah Berzina, Jom Ingkar Kepada Allah - yang mana nyata sekiranya mereka melakukan demikian, tiada siapa akan pergi kepada mereka, bahkan semua akan sibuk pula mencari apakah itu Islam.
Maka sepatutnya kita kembali melihat kepada pergerakan Islam kita sendiri.
Apakah usaha kita? Strategi kita? Kesatuan kita?
Illuminati&Freemason itu, merancang sehari duakah? Tidak. Usaha mereka semuanya dirancang puluhan tahun. Kita? Belajar pun malas. Bising Illuminati&Freemason punya kerja sahaja pandai. Kita punya kerja ada pernah fikir? Dakwah kita? Tengok paling mudah. Jiran rumah. Apa cerita? Rakan sekelas. Apa pernah kita usahakan? Kawan sebelah kerusi masa kuliah. Apa pernah kita ajak mendalami Islam yang sebenar? Kawan serumah rumah sewa. Pernah dakwah dia?
Kemudian dalam pernah-pernah itu, istiqomahkah? Berterusankah? Berstrategikah?
Saidina Ali pernah berkata: “Kebatilan yang bersistem(berstrategi) itu akan menumbangkan kebenaran yang tidak bersistem(tidak berstrategi).”
Nah. Apa yang kita telah susun? Apa yang kita telah bina?
Tepuk dada sikit. Tanya diri sendiri.
Atau kita hanya tahu bising sahaja?
Semata-mata bising hal Illuminati&Freemason, tak akan boleh menumbangkan jahiliyyah. Bahkan, situasi akan terbalik pula. Orang ikut bising juga, dan semua rasa perjuangan telah selesai hanya dengan bising. Sedang jahiliyyah terus memakan lebih ramai orang, membaham lebih ramai mangsa, mengembangkan teritori mereka.
Penutup: Hentikan Paranoid ini. Ini Fitnah dan menunjukkan kebodohan.
Hentikan. Nasihat saya, hentikan. Hentikan sebar mesej-mesej yang bukan-bukan, mengaitkan segala-galanya dengan Illuminati&Freemason. Ini menimbulkan fitnah yang besar sebenarnya.
Bayangkan ya. Saya ambil contoh mudah. Kes Upin dan Ipin dan kes iPhone 4G. Benda ini menunjukkan tahap paranoid yang menggila. Upin dan Ipin agen Freemason&Illuminati hanya kerana pangkal depan mereka adalah U dan I. Terus menjadikan mereka USA dan Israel. Manakala dilihat pula pada nama Upin yang dikatakan maksudnya ‘Aku Benci Rasul’ dalam bahasa Aramaic, sedangkan ‘benci’ dalam bahasa Aramaic pronaunsinya adalah “d’sonea,”. Lihat? Macam mana UPIN boleh membawa maksud Aku Benci Rasul? Begitu juga dengan nama Ipin yang nyata salah apa yang dituduh ke atasnya.
iPhone 4G juga menerima nasib yang sama. Hanya disebabkan huruf I di hadapan, terus disangkutkan dengan Israel. Ada 4G di belakang, terus direka apa-apa G yang berpatutan. Saya yakin, kalau ada 10G pun, boleh sahaja direka 10 G yang berpatutan.
Dan apa pandangan orang yang membaca semua ini? Ditambah pula membuat kajian membuktikan kebenaran semua ini? Bukankah apabila mereka melihat ini semua tidak lain hanyalah satu paranoia, ini akan memberikan fitnah kepada pergerakan Islam itu sendiri? Memalit lumpur kepada Islam itu sendiri?
Saya suka dengan kajian. Saya senang dengan penyelongkaran yang dilakukan. Tetapi sepatutnya diekstrak manfaat daripada penyelongkaran tersebut. Yakni yang membolehkan ummah kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah, yang membawa mereka kembali kepada Islam yang sebenar, yang memberikan mereka strategi untuk menentang jahiliyyah, barulah tidak menimbulkan fitnah. Bukan sekadar berseronok: “Yes, berjaya selongkar agenda Yahudi,” tetapi pada masa yang sama, Yahudi tetap terus mampu bekerja dengan senang lenang.
Kita sepatutnya ‘mencederakan’ jahiliyyah, ‘melukakan’ mereka. Bukan sekadar ‘menjerit-jerit’ berkenaan mereka. Dan tiadalah satu jalan pun yang terbukti mampu menumbangkan jahiliyyah, melainkan jalan dakwah dan tarbiyah yang telah dijalankan oleh Rasulullah SAW.
Mari, mari.
Duduk sebentar, muhasabah perkara ini.
Hentikan paranoia ini.

Hilal Asyraf ~

Friday, December 17, 2010

Seruan waktu cuti sekolah...


Alhamdulillah sekarang kita masih berada lagi dalam musim cuti sekolah..sebenarnya waktu cuti sekolah la waktu kita untuk menguji keimanan kita kpd allah..jika di sekolah kita solat berjemaah ,! bagaimana dengan solat jemaah kita di rumah ?? belum tentu solat fardu nth cukup atau tidak..jika di sekolah kita membaca al quran setiap hari..bagaimanakah pula dengan bacaan kita di rumah ?? mungkin para malaikat sdg merindui alunan ayat2 al quran yang berkumandang dr mulut kita..mari kita muhasabah diri kita balek..astaghfirullah..banyak nye dosa aku..layakkah aku masuk syurgamu ya allah ?? sedangkan imam syafie ahli ulama yang hebat itu berkata ;'Ya Allah aku xlyk msk syurgamu..tetapi aku xsanggup siksa nerakamu '..itu imam syafie yang kata..hafiz al quran sejak umur muda lagi..kalau orang dengar suaranya membaca al quran di kaabah mengalir airmata..begitu syahdu suaranye...




Rajah di sebelah menunjukkan kitab ayyuhal walad krgn Imam Al Ghazali yang dterjemahkan oleh Ustaz Maulana Fahmi Zamzam ke dlm bahasa melayu..kitab ini mengandungi nasihat2 yang penuh ikhlas drpd imam al ghazali kpd murid2 nya yang amat menyentuh hati dan perasaan kita..kitab ini juga digunakan oleh Ustaz Noor Hafizi ketika memberikan kuliah di Masjid Al Hidayah,sentul..kitab ini amat sesuai bagi kita sebagai remaja dalam memperbetulkan jalan kita balik kepada Allah..cara hidup kita,ilmu kita dan sebagainya..

Jadi dengan adanya 2 minggu lagi cuti sekolah ini..marilah sama2 kita memenuhkan surau2 berhampiran kita..sama2 mengikuti kuliah2 yg diberikan..mghdirkan diri ke majlis2 ilmu yg berfaedah..kurangkan maksiat..
tuntut ilmu..ingat jangan lupa ilmu agama yer..insya allah hidup kita diberkati di dunia dan akhirat..

astaghfirullahalazim..li waliwalidayya..walil masyaikhina..walijami'il muslimina wal muslimat wal mu'minina wal muiminat..al ahyat iminhum wal amwat..birahmatika ya ar hamarrahimin...

Siapa lagi mahu bangkitkan agama kalau bukan kita..!










Sambungan Tauseh ketika HAul imam al haddad ~ habib umar

insya allah pada kali ini ana ingin menyambung sedikit penulisan ana berkaitan dengan tauseh imam habib umar al hafidz,,seorang ulama dr yaman dan berketurunan nabi Muhammad,,tauseh nya ini diberi ketika Majlis Haul Imam Al Haddad ketika di Shah Alam..




Tausehnya diberi dalam bahasa arab,,tetapi ade penterjemah dalam bahasa melayu oleh seorang ustaz daripada indonesia...
antara isi-isinya :

Rasulullah bersabda : Bahawa akulah yang paling takut dan bertakwa kepada Allah swt

Imam Abdullah Alawi Al Haddad berketurunan nabi dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri..beliau telah kehilangan daya penglihatannya ketika berusia 4 tahun dan digantikan allah dengan kebolehannya yang luar biasa dengan menyebarkan ilmu dengan luasnya...

beliau telah mengisytiharkan bahawa dia telah menyempurnakan kesemua sunnah rasulullah dengan hanya niat kerana mahu mendorong murid2 beliau menjejaki beliau dalam meraih balasan cinta murni drpd rasul...

imam habib umar berkata :

rukun iman ada enam perkara...
ada hadith yg menyebutkan : 'iman itu adalah beriman kpd allah,malaikat hamba allah,kitab2,rasul2 dan qada' qadar yang baik.

barangsiapa yang berkata dia ada iman tetapi tidak mempercayai salah satu daripada rukun iman,,MAKA dia adalah kafir...

Pada satu hari ada orang yahudi telah berkata kepada nabi bahawa jibril adalah musuhnya..lalu nabi bersabda ; 'Barangsiapa yang memusuhi wali-wali aku maka akan aku isytiharkan peperangan'...
begitulah utuhnya iman nabi kepada malaikat..

ada juga ulama yg menyatakan : 'Siapa yang ditimpa musibah,mana mungkin ada husnul khatimah jika memusuhi wali-wali allah..
kita di zaman sekarang byk mengagungkan artis2 sehinggakan memusuhi wali-wali allah seperti ulama-ulama dan sebagainya,,sebaliknya kita hjanya seronok mencari kemewahan dunia..nauzubillahiminzalik...

Ada satu kisah,,ketika nabi sedang berwudhu'..ramai sahabat2 berebut ingin mendapatkan serpihan air wudhu' nabi untuk mendapatkan keberkatan,,sahabat2 apabila tidak sempat mengambil serpihan2 drpd nabi..mereka mgambil serpihan drpd rakan2 yang lain utk mengambil keberkatan hasil drpd wudhu' nabi..
Allahuakbar..betapa murninya nabi sehinggakan sbht2 berlumba-lumba ingin mendapatkan keberkatan drpdnya...

Aqidah merupakan yakin ada akan unsur ketuhanan..yakin adanya Allah..
akan tetapi jika kita yakin ada allah yang lain,,maka adalah dosa yang paling besar ...
kaum musyrikin telah sujud kepada berhala..maka ia merupakan dosa yang paling besar..

Malaikat pernah diperintahkan oleh allah supaya sujud kepada nabi adam..
ya'kub dan lain2 juga pernah sujud kepada nabi yusuf..
malaikat serentak sujud kepada nabi adam setelah diperintahkan oleh Allah..
Ini semua merupakan perintah drpd allah..
JIka sujud kepada yang laen tanpa perintahnya ia merupakan batil..tidak boleh sama sekali..

Iblis tidak sujud kepada Adam,,tetapi dia sujud kepada Allah..akan tetapi setelah dia ingkar perintah Allah..maka dia telah menderhaka kpd allah walaupun dia sujud kpd allah..
samalah kita ..kita sembah kpd allah,,tetapi masya-allah,,zina sana sini,,maksiat,,astaghfirullah..

Ada dlm shahih al-bukahri meriwayatkan : Jubah rasul ada disimpan oleh isterinya Maimunah setelah baginda wafat..jubah itu adalah jubah yang dipakai oleh rasul..maimunah berkata dia menyucikan jubah tersebut dan mengambil serpihan2 airnya utk sembuhkan orang yang sakit dengan mengambil keberkatan drpd jubah tersebut..

Maka di sini hendaklah kita mengenali kedudukan orang yang megesakan allah,jangan sibukkan diri kita dengan mengkafirkan orang lain,..lebih baik kita sibukkan diri kita dengan mengambil ilmu yang benar dan membersihkan hati kita..

Al Habib juga berkata bersyukur kerana kita jauh kpd syirik yang besar seperti menyembah berhala dn sbgainya..akan tetapi berhati-hati lah kita dengan syirik yang kecil iaitu menunjuk-nunjuk dalam melakukan ibadah..

Marilah kita ambil pengajaran dan perhatian..mensucikan hati kita,,jauhilah amal ibadat tanpa kesucian hati..

Ada sebuah kisah mengenai imam abdullah al haddad..

satu ketika pada musim haji..ada seorang bapa telah memberi sebilah pisau kepada anaknya utk diberikan kepada al haddad yakni dlm bhsa arabnya tukang besi bagi menajamkannya..lalu anak itupun membawa pisau itu agar tukang besi dpt menajamkan pisau itu,,lalu dia bawa pisau itu kepada imam al haddad...

sebenarnya si kecil ini telah tersilap..ayahnya berkata beri kpd al haddad tukang besi..tetapi anaknya telah tersilap memberikan pisau tersebut kepada imam al haddad..ketika memberi pisau itu kepada imam al haddad..maka al haddad berkata : berikan pisau itu kpd saya,,esok saya akan berikan dalam keadaan yang tajam..ketika ini imam al haddad sudah mngetahui bhwa si kecil ini telah salah faham...dia hanya tersenyum..

Apabila muslimin pada zaman kini dihadapkan dgn situasi sebegini..mesti mereka marah,,tetapi tidak bagi imam al haddad..dia seorang yang alim ,kuat beribadat dan hatinya sangat bersih..Maka keesokan harinya..anak itu datang bagi mengambil kembali pisau tersebut..dia bertanya akan harga ..akan tetapi imam al haddad kata tidak perlu bayar,,bawakan pisau ini kepada bapa kamu,,,

setelah kembalinya anaknya ke rumah,,si ayah berasa pelik,,mana mungkin ada tukang besi yg memberikan perkhidmatan secara percuma..si ayah bertanya kpd anaknya..
Ayah : berapa kosnya ?
Anak : haddad kata tak perlu bayar..
Ayah : Mana ada tukang besi yang tidak mahu bayaran..di mana rumahnya ?
Anak : rumahnya jauh dr pasar..
Ayah : Haddad yang mana satu ?
Anak : Imam Abdullah Al Haddad...

Lalu si ayah bersa amat malu dan terus berjumpa dengan imam al haddad dan meminta maaf kepadanya atas kesilapan anaknya..lalu imam al haddad berkata : 'jangan kamu marah,hukum dan jgn ada perasaan tidak suka  kpd anak kamu..sesungguhnya aku lgsg tidak berasa dihina '..begitulah indahnya sifat yang dimiliki oleh imam abdullah al haddad ini..

Imam Abdullah Al Haddad sangat menjaga adabnya kepada allah,muamalahnya kepada hamba2 allah..

ketika dia menuju ke tempat solat,,dia tidak berbicara dahulu..dia dengan penuh takzim kepada allah..ketika hendak solat,,ketika mengangkat takbirnya..maka terbelahlah mihrab dihadapannya dengan hatinya yang tulus suci kepada allah..apa yang hairannya..terdapat kesan2 retakkan itu dan ia masih kekal apabila dilihat oleh imam habib umar..

sekian sahaja perkongsian ilmu kita ats apa yg telah dibicarakan oleh imam habib umar al hafidz..semoga dpt mgambil iktibar dan menyebarkannya kepada org laen..

Muhd Izzat Bin Ziad
Al-fakir ilallah al qawi..
wassalam...

Saturday, December 4, 2010

Disebalik Anugerah Juara Lagu 24 dan Isu Masonic

logo_ajl24Selepas anda gembira dan puas menonton Anugerah Juara Lagu ke 24, mengenai apa yang ada pada malam AJL 24 dengan tema Origami tersebut? Saya tidak mahu berkata mengenai dosa atau tidak diadakan program seperti itu kerana saya tahu anda lebih arif mengenainya. Apa yang membuatkan jari jemari saya menekan papan kekunci di laptop ini adalah untuk memberitahu dan berkongsi dengan anda illuminati sial ini memang sudah lama wujud di tanah air kita. Cuma sejak-sejak kebelakangan ini, mereka seolah sengaja menampakkan wajah mereka yang ditutupi ‘kain hitam’ itu.
Cadangan: Adalah lebih baik kalau anda boleh tonton kembali AJL 24 di website www.tv3.com.my selepas anda baca apa yang saya dapati dari siaran tv tersebut.

1) Pertama sekali, sila perhatikan gambar dibawah ini.

disebalik ajl 24 1
disebalik ajl 24 2
disebalik ajl 24 3
Apa persamaan dengan scene yang disnapshot ini?
pic 17
pic 18
Adakah ini satu kebetulan?
2) Yang kedua, anda juga mungkin dapat lihat apa persamaan penari-penari ini dengan salah satu dari kerabat-kerabat firaun yang dipercayai oleh mereka mempunyai suatu yang berkuasa?
pic 16
pic 15
pic 14
Mungkin anda tidak hairan kerana sudah terlalu banyak kostum ala-ala bangsawan firaun selalu dipakai dalam acara-acara sebegini. Tapi, mengapa ingin dipertontonkan sangat si firaun yang telah dilaknat ini? Untuk mengetahui jawapannya, anda perlu buka fikiran anda dan fikirkan tentangnya..
3) Yang ketiga, Alyah yang merupakan finalis AJL 24 mengenakan gaun merah ala-ala lady in red.


Ingatkah anda lady in red? Mungkin ada diantara kita yang kurang tahu. Jom kita saksikan video di youtube apa itu lady in red.
pic 13
pic 12
Jadi apa yang dipakai oleh Alyah? Mungkin ada di antara kita kurang senang dengan persamaan ini, terpulang kepada anda. Bagi saya ini merupakan satu rancangan tertutup dan saya juga percaya yang di atas pentas itu juga tidak tahu menahu mengenai semua ini. Kebetulan? saya kata tidak.
Jom kita lihat apa yang seterusnya. Anda mungkin ada yang sudah tahu mengenai the Master Carpet, turut dikenali sebagai Checkered Floor, tetapi bagi yang belum tahu, sila ambil tahu. Ini adalah gambaran jelas mengenainya.
pic 11
pic 10
Adakah ia juga ada di AJL 24? Ya, memang ada.
pic 9
pic 5
Ketika persembahan Jeffry Din kenapa dihamparkan juga? Ini juga terdapat di tali pengikat gitar yang dipakai oleh Bunkface dan beberapa orang guitarist yang lain.
pic 4
Apa persamaannya?
pic 3
Ini adalah merupakan logo salah sebuah kumpulan nyanyian di Malaysia. Anda dan saya mungkin sudah sebati dengan nama Search. Terlalu ketara persamaannya. Saya tidak perlu menulis panjang kerana anda telah berfikir dan terfikir apa yang saya akan tulis.
Lihat ditangga turun naik di atas pentas ini. Terdapat susunan cahaya berbentuk piramid. Lihat snapshot di bawah.
pic 2
pic 1
Pembaca sekelian, selalu dikatakan, ini hanya merupakan satu kebetulan sahaja. Tapi benarkah ia sebagai satu kebetulan? Kalau anda teruskan pandangan anda seperti itu, anda mungkin salah seorang mangsa makhluk perosak yahudi. Saya percaya bahawa apa-apa yang terjadi hari ini, bukan lagi kebetulan bahkan ia diatur sebaik mungkin. Untuk apa? bagi memperlihatkan kepada anda bahawa ia suatu kebetulan. Bebaskan minda anda.

Gambar-gambar tambahan FREEMASON di MALAYSIA..

Friday, December 3, 2010

ciri - ciri DAJJAL . . .



Slm..insya-allah,,kali ni sy ingin berkongsi sedikit ilmu yg saya dpt ketika mghadiri kuliah maghrib di masjid Saidina Hamzah , Kmpg Batu Muda...

Guru yang megngajar kuliah ketika itu ialah Ustaz Abdullah Al-Fatani..mule2 dgr dye mngajar mcm garang jer..pas uh tertarik dgn ilmunye yg tinggi tentang ilmu Usuluddin..rupe2 nyer k..ustaz ni oghe kelate jugok..
dye speaking kelate dalam pengajian dia..

ok ..cukup pengenalan tentang ustaz abdullah...saya ingin berkongsi sedikit tentang ciri - ciri DAJJAL ,!
kata ustaz abdullah..Dajjal ni pembohong,penipu dan pemutar alam..itulah kalau orang2 dulu-dulu kate kt penipu..'dajjal sungguh mu niyh'..haa,,itulah yg dimaksudkan dengan dajjal iaitu penipu..

antare ciri-cirinya :

- keluar daripada Syria

-Matanya macam ketam..mate terkeluar..& buta sebelah

-Fizikal dia besar..bila dia berdiri atas laut..laut paras buku lali dia je..

-Apabila dia memegang ikan ,,dia hanya mengangkat ikan dihalakan kepada matahari untuk dibakar..


-hidupnya 40 hari sahaja..
yakni 10 hari pertamanya bersamaan 10 tahun
10 hari keduanya bersamaan sebulan
10 hari ketiganya bersamaan seminggu
10 hari keempatnya bersamaan hari biasa..

-Dajjal tidak boleh masuk di MAdinah Al-Munawarah dan Mekah Al-Mukarramah

-Tengah dajjal sedang menipu manusia ,,Allah turunkan Imam Mahadi untuk menegakkan kebenaran

-Imam Mahadi pun berdoa kepada ALLAH agar bumi memegang kaki Dajjal..
lalu Allah memperkenankan doa nyer..

-Kemudian turunnya NAbi Isa lalu membunuh Dajjal..

-Dajjal suruh sekeras-kerasnya kita mengakunya sebagai tuhan dan berjanji memberi kita kemewahan..ini merupakan fitnahnya..[nauzubillahiminzalik]..

-dia membakar ikan di saat kita terlalu lapar..dan dia akan memberi kita makan ikan tersebut dengan syarat mengakunya sebagai tuhan kita..
di saat ini  hanya iman sahaja pelindung kita..egtlah,,abu hurairah sehingga pengsan kelaparan semata-mata menuntut ilmu ..

Mudah-mudahan post saya pada kali ini memberi sedikit ilmu yg bermanfaat bagi kalian semua..
amalkanlah 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir surah al-kahfi bagi mengelakkan fitnah dajjal..
sekian wassalam..

MUHD IZZAT BIN ZIAD